“kau dah bertunang?!” tempik Azi. Seluruh bilik guru dirasakan bergema dengan soprano Azi. Nini dan Nora terus menepuk kuat bahu Azi. Mujur juga hanya 5 orang yang berada dalam bilik guru itu. Ustazah Zuliana, memang jenis tak suka bergosip. Cikgu Hafedz? Bom meletup pun dia takkan sedar kalau dah melayan Counter Strike.
“kalau apa-apa yang berlaku pada korang berdua mesti aku orang paling lambat tau.. tak aci betul..” rajuk Azi.
“sorryla.. tapi aku belum bertunang lagi la, Zi.. baru setuju..” Nini memperbetulkan ayat Azi. Nora ni tak boleh diberi amanat. Ada saja yang ‘hilang’ nanti.
“kalau kau dah buat majlis, memang aku paksa kau buat lagi sekali! Dengan siapa? Encik pilot?” Nini mengangguk. Malas nak berahsia.
“Nora pun aku rasa dah jumpa ‘cinta’..” Nini melirik penuh makna ke arah Nora. Azi terbeliak.
“Siapa?!” Nora mencerlangkan mata ke arah Nini.
“nak aku cakap ke?” Nini tersengih.
Payback! Selalu kau yang kenakan aku!
“kawan”
“Nini. Stop! Jangan sesekali kau buat statement mengarut lagi karut!” Nora segera memotong. Azi mengangkat kening. Macam menarik je?
“Aj..”
“Nini..” suara Nora bergetar amaran. Nini menarik sengih nakal.
“kalau kau nak tau, tanya Nora sendiri..” kringg! “aku nak masuk kelas..” Nini menepuk bahu Azi. Wajah Azi jelas kecewa.
“korang dah dengar?” Cikgu Hafedz bersuara apabila mereka makan tengah hari bersama. Cikgu Azli, Cikgu Faisal, Cikgu Shahnizam, Cikgu Naqib dan Cikgu Irwan serentak memandang Cikgu Hafedz. Apa cerita cakap perlahan-lahan ni?
“yang kau bisik-bisik macam tengah berbual dengan wife kenapa?” soal Cikgu Faisal.
“berita panas ni..” dia melirik ke arah Cikgu Naqib. Masing-masing sudah mula menyuap nasi.
“apa? Macam menarik sangat je?” Cikgu Azli pula menyampuk. Hafedz ni memang nak kena taekwondo. Cakap pun macam siput!
“Cikgu Nini dah nak bertunang..” uhuk! Segera cikgu irwan menghulur air kepada Cikgu Naqib.
“biar betul!?” Cikgu Shahnizam dan yang lain serentak bersuara. Cikgu Hafedz sekadar mengangguk. Masing-masing memandang ke arah Cikgu Naqib. Cikgu Naqib berdehem, cuba menghilangkan perit.
“mana kau tahu?”
“tadi dia bagitau Azi. Aku tau la..”
“kau okay?” Cikgu Naqib mengangkat kening.
“okay. Kot..” pendek sahaja jawapan Cikgu Naqib.
“kau takkan bunuh diri kan?” Cikgu Azli cuba melawak. Cikgu Naqib menunjukkan penumbuk.
“aku belum hilang pedoman lagi la..” dan mereka sama-sama tergelak. Namun gelak Cikgu Naqib jelas hambar.
“cikgu Nini..” Nini menoleh. Kelihatan Cikgu Azli dan Cikgu Faisal sedang tersengih penuh nakal.
“dengar cerita cikgu dah nak bertunang?” sengaja Cikgu Azli bertanya dengan nada yang kuat. Terbeliak mata Nini, Nora, dan Azi. Mereka saling berpandangan.
“err.. ya? Kenapa?”
“sungguh ke, cikgu?!” sejurus kemudian Nini dikerumuni rakan-rakan sekerjanya. Cikgu Naqib hanya memerhatikan tingkah mereka yang sedang mengucapkan tahniah kepada wanita itu. Cikgu Irwan menepuk bahu Cikgu Naqib, memintanya tabah!
No comments:
Post a Comment