Sunday, November 14, 2010

28

Nini mencapai tuala. Rambut yang basah segera dikeringkan. Dah tiga hari Adil ke Jepun. Lewat perbualan mereka di telefon tempoh hari, Adil kata yang dia akan pulang esok. Bumi Sakura.. tempat yang cukup Nini suka! Selain Korea! Nini memang sedikit pelik. Dia lebih menggemari Bumi mata sepet itu daripada Bumi Eropah.

Telefon bimbitnya tiba-tiba melagukan Oh! My Goddess – The TRAX. Lagu yang dipilih sendiri oleh Adil untuk menjadi ringtonenya. Nini segera menekan punat hijau.

“assalamualaikum.” Belum sempat Nini mengucap salam, Adil terlebih dulu mengucapkannya. Nini tersenyum.

“waalaikumussalam.. orang Jepun.. dah balik Tanah Melayu belum?” usik Nini. Terdengar desah tawa Adil.

“dah. Baru je sampai airport. I tunggu Papa amik..”

“manja..”

“eh.. sukati la..” mereka tertawa.

“penat ae?” soal Adil apabila mereka terlalu lama diam.

“saya tak tau nak berbual apa.. I’m not good with words. Awak orang yang saya baru kenal.. saya tak tau nak bercerita dengan awak..” suaranya mula mengecil.


Adil tersengih. Aunt Yan pernah memberitahunya ‘masalah’ Nini yang satu itu. Kelu apabila berbual dengan orang yang baru dikenali.

“takpe.. I pun just nak dengar suara you. Okaylah Nini.. I cut off the line dulu. Papa dah sampai. By the way.. I ada hadiah dari ‘Sakura’.. assalamualaikum” talian dimatikan.


Nini mematikan telefon bimbit. Merah di wajahnya masih belum surut. Dia perlukan oksigen!

“Nin.. kau punya hair dryer kat mana?” Azi mengelap rambut sambil melangkah ke arah wanita itu. Inilah aktiviti Azi dan Nora kalau hujung minggu mereka tidak ditugaskan menjadi warden.

“ada dalam drawer kot. Aku pun tak tau. Dah lama tak guna.”

Azi melangkah ke meja solek Nini. Dicapai hair dryer di dalam laci lalu disambungkan ke suis.

“mana novel-novel kau? Aku nak lepaskan rindu dendam ni..” Nora menghenyakkan tubuh ke atas tilam. “Zi, 
kau nak dry rambut kat bilik lain. Bising!” Azi mencebik. Macam selama ni tak bising je hair dryer ni.

Nini menggeleng memandang teman-temannya itu. “dekat bilik sebelah la. Macam dah 8 tahun tak pergi rumah aku..” bebel Nini. Nora hanya tersengih. Dia dan Azi berpandangan. Ada sesuatu yang harus ditanya!

“Nini.. kalau kitorang tanya something yang agak private boleh tak?” Nini mengerut dahi. Apa lagi la yang terlintas di kepala rakan-rakannya itu.

“kau dengan Eddy, bahagia?” Nora tertawa mendengarkan soalan Azi.

“kau ni Zi! Keluarkan la ayat yang kena dengan piawaian otak Nini. Lagipun, ayat ‘kau dengan Eddy, bahagia’ tu terlalu subjektif. Aku rasa kalau soalan tu keluar lepas diorang kahwin, agak logik..” komen Nora. Azi mencebik.

“eh cikgu BM. Senyap kau!” Azi menjeling.

“betul jugak apa yang si Nora cakap.. kau pun keluarkan ayat macam aku dengan Eddy dah kahwin je..” Nora mengangkat kening kan-betul-cakap-aku. Azi mencebik.

“you know what? Kan kau tak pernah bersama-sama dengan any guy..” Nini terdiam. Memang teman-temannya tak pernah mengenali Aiman yang hadir seketika dalam hidupnya.

“it’s not like I’m inexperience okay dengan guys. Remember, I have Abang and babah.”

“hello.. diorang tu dalam league lain la.. I mean, a guy that aren’t related to you by blood..” Azi dan Nora sama menjulingkan mata. Nini hanya mampu tersengih.

Tiba-tiba telefon bimbit Nini berdering.

Safe.


“waalaikumussalam. Haa, Mak Su, kenapa?” Azi dan Nora menjauh sedikit.

“Mak Su?” si pemanggil menyoal kembali. Nini menggigit bibir.

“malam karang Nini call Mak Su balik, ok? Dah dah.. kirim salam Pak Su and Ijan. Assalamualaikum.” Klik! Talian diputuskan.


“kenapa tak borak je dengan Mak Su kau?” soal Nora pelik. Nini hanya tersengih.


“Mak Su?” Adil memandang telefon di tangan.

“kamu kenapa asyik tenung je handphone tu? Kamu ingat Nini boleh muncul tiba-tiba dari situ?” papp! Telefon bimbit di tangannya terjatuh.

“Mama!” Mama tergelak melihat ulah anaknya. Menggelabah!

“kamu menungkan apa?” Adil hanya menggeleng.

“Ma.. macam mana ek?” Mama mengerut dahi. Ruang di sebelah anaknya diduduki.

“macam mana apanya?” Mama menyoal kembali.

“macam mana untuk tahu yang kita betul-betul dah jatuh hati kat seseorang?” Mama merenung wajah anaknya itu.

“o.k.. angin apa pulak yang melanda anak mama malam-malam ni? Jet lag?” Adil menggeleng.

“well then, you just try istikharah je la.. mana tau ALLAH akan bukakan jawapan untuk kamu?”

“apa jawapan tak membina ni, ma? I’m serious here.”

“so do I sayang. Bukannya hati manusia sama. Setiap manusia ada cara yang berbeza untuk jatuh hati..” Mama menepuk bahu Adil. Adil tunduk merenung lantai. Memang la dia yakin yang dia suka Nini. Tapi sepanjang 2 minggu mereka mengikat pertunangan, Nini masih dingin. Biarpun Nini sering juga berbual dengannya –tapi Nini lebih banyak diam-, namun Nini tetap.. dingin..

No comments:

Post a Comment