“awak terima pinangan Adil?” angguk.
“awak yakin dia boleh bahagiakan awak?” angkat bahu.
“then kenapa awak terima jugak?” geleng.
“Dayangku Fairuz Haryani Pengiran Adli!”
“what Abang?”
“kenapa awak terima lamaran Adil kalau awak tak tahu sama ada dia boleh bahagiakan awak atau tak?” berang dengan adiknya.
“kenapa Abang nak marah?” Nini menentang mata Abang.
“sebab awak..”
“jangan marah Nini sebab Nini terima.. Nini tak tau kenapa tapi berdasarkan apa yang Mak Su dan Nora cakap, Nini yakin yang Eddy betul-betul sayangkan Nini. Lebih baik menyayangi orang yang sayang kita daripada menyemai rasa sayang pada orang yang kita sayang tapi tak pernah nak sayang kita..” Nini copypaste ayat Nora dulu.
Abang menggeleng geram. Nini suka buat keputusan melulu.
“abang tak suka.”
“kenapa mesti Abang tak suka? Don’t you wish for my happiness? Mummy dan Babah pun yang sarankan Nini terima dia.”
“sebab he’ll be taking my only Sunshine..”
“abang akan ada Sunshine baru.. kak Tasya.. Abang..” Nini mencapai tangan Abang.
“tolong doakan Nini? Nini takut sebab he’s not someone I knew completely.. abang pun pernah berbual dengan dia masa dia datang dulu kan? Abang restui Nini.. boleh?” Abang mengeluh. Dia bukan apa. Dia tak mahu hati Nini dilukai lagi!
“awak betul-betul yakin?” Nini mengangguk. Dia dah istikharah dah pun. Positif. Itu sebabnya dia minta 3 bulan tempoh pertunangan. Dia nak tengok kesungguhan Eddy.
“she’ll marry him..” adu Abang kepada kak Tasya.
“so? Ezze.. dia bukan budak lagi tau.. you tak payah buat muka macam kucing hilang anak la..” Kak Tasya cuba menyedapkan hati Abang.
“but she’s still a kid to me..”
“itu silapnya kau Ezze.. kau kongkong Nini hanya kerana Aiman pernah kecewakan hati dia..” sampuk Mak Su. Abang mengeluh. Memang! Sebab Aiman, Abang serik untuk membenarkan Nini bercinta lagi.
“kau bukannya ayah Nini..” AD pula menyampuk.
“aku Abang dia apa?”
“sister-complex..” serentak kak Tasya, Mak Su, Pak Su, AD dan Diddy bersuara. Mereka berpandangan. Lalu masing-masing tergelak.
“guys?!” tak puas hati sebab digelakkan.
“kenapa Abang macam tak suka sangat dengan Adil?” soal Mummy apabila mereka sedang menikmati minum petang di rumah.
Abang melepaskan nafas perlahan. “bukan Abang tak suka Mum..”
“then?”
“he’s younger than Nini by 2 years..” Mummy mengangguk setuju.
“tapi dia lebih matured dari Nini.. itu Mummy boleh jamin.”
“mana Mummy tahu?”
“I’ve met him, tiger.. and he looks cool.. bukannya Mummy ni bodoh, senang-senang nak lepaskan cinta kasih Mummy dah Babah pada orang yang entah apa-apa..” Abang terasa terpukul. Hebat sangatkah Adil sampaikan Mummy yang biasanya tegas dalam memilih pasangan hidup ini begitu mudah memberi kebenaran meminang Nini?
“can I meet him?”
“awak nak buat apa? Pukul?” Abang tergelak.
“I’m not a yakuza la Mum.. apa kes tiba-tiba nak pukul anak orang?” tahu yang Mummy sekadar mengusik.
“I can arrange the meeting. Tapi Abang tau kan Adil is a pilot. Jarang di rumah. Semalam pun kebetulan dia tak fly ke mana-mana. If not mistaken Hanim kata Adil akan fly ke Jepun Selasa ni...” balas Mummy. Abang mencongak-congak. Selasa?
“Cuba mummy tanya Aunt Hanim kalau-kalau minggu depan dia free tak? Minggu ni Abang pun busy..” Mummy mengangguk. Abang tersenyum nipis.
No comments:
Post a Comment