Monday, June 14, 2010

8


 “you and your Jdrama..” keluh abang sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Nini. Nini mencebik.
“then don’t come in la, abang..”. Abang tertawa.
“abang baru ingat nak lepak dengan awak..” Abang melabuhkan punggung di sisi Nini yang sedang tekun menghadap dramanya.
“Gokusen? Nini.. dah 10 kali awak ulang cerita ni tau?!” Abang menggeleng. Nini hanya gelak.
“I loved them, okay..” Nini merujuk kepada pelakon-pelakon Jepun itu.
“who? Your Kame, Jin, Haruma or Matsu Jun?” soal Abang yang nyata cukup masak dengan kegilaan adiknya jika menonton drama itu.
“Nini say yes to they all. Tapi hati kuat pada Haruma!” Abang mencebik.
“grow up, sunshine.. you are 28..”
“abang.. I’m 18..” balas Nini selamba.
“yeah, right.. tambah 10..” diam. Masing-masing menumpukan konsentrasi terhadap drama tersebut.
“Nini..”
“hmm?”
“kalau abang kata abang nak kahwin.. awak terkejut?”
“tak.”
Diam lagi.
“okay..” namun tiba-tiba Nini berpaling mencari wajah abangnya.
“what did you said?” soalnya kurang percaya.
“I’m saying that I’m going to get married.. abang dah 32.. and Kak Tasya pun dah ready..” terlopong gadis itu mendengarkan kata-kata abangnya.
“abang? Kahwin?” Abang mengangguk. “cepatnya?” terbeliak mata Abang.
“cepat?! Sunshine! Awak lupa ke umur abang ni berapa?” Nini menepuk dahi. Dia yang tak normal sebab belum kahwin biarpun umur sudah mencecah 28.
“congrats! Mummy dengan babah cakap apa?” soal Nini. Sungguh! Memang dia bahagia! Namun bila memikirkan tiada lagi Abang untuk menemani saat dukanya, dia terasa sebak.
“mereka paksa abang cepatkan. If possible, bila awak cuti pertengahan tahun nanti..” Nini tergamam. Ini sudah bulan 3. Maknanya dia hanya akan memiliki Abang secara mutlak selama 2 bulan lebih sahaja lagi.
“mummy asked me..” Nini memandang abangnya lagi.
“if you have anybody in your mind to be a husband?” biarpun tidak meminum air, Nini tetap tersedak.
“I don’t have any man..”
“I thought so.. mummy bising sebab awak belum ada calon. And she told me that she’ll find someone for you..” terbeliak mata Nini.
“no!”
Abang gelak. “don’t worry.. Abang dah cakap dekat mummy. She seems to understand what I’m trying to say and dia mengaku kalah. My advice.. find someone soon..” Abang menepuk bahu Nini sebelum melangkah keluar.

“Nini?” Nini menoleh.
“teman mummy shopping?” Nini mengangguk.
“siapa drive?”
“awak la.. naik kereta mummy.. abang kata kereta awak masuk workshop..” Nini mengangguk lagi. Mummy menarik tangan anaknya yang masih bermalas-malas di hadapan televisyen.
“cepat bersiap. Mummy bagi half an hour je..” tekan Mummy.
“tapi Mum..” Nini masih malas. Gokusen baru masuk episod satu untuk season 3. “bukan pergi petang?” Nini masih cuba untuk berdalih. Mummy geleng.
“saya menurut perintah, Puan..” Nini menghilang ke dalam tandas.


“mummy nak cari pe lagi?” Nini menoleh memandang Mummy yang masih tekun menilik senarai barangan rumah.
“tak tau la.. mummy rasa macam ada barang yang belum cukup. Tapi masalahnya mummy sendiri tak ingat..” keluh Mummy. Nini tersengih. Kalau rumahnya sendiri, tak mengapa juga. Boleh dia hentam je nak beli apa sekalipun. Kalau rumah Mummy? Nak kena halau kalau beli barang overloaded?
“mummy dah beli ke ayam? Bukan abang mintak masak Ayam Aloha ke?” sejurus dia tergelak. Kelakar apabila menyebut resipi masakan kegemaran Abang. Mummy turut tertawa.
“ya tak ya. Jom..” mummy segera melangkah.
“Mummy!” Nini terpaksa berlari anak untuk mengejar mummy.

“Mummy.. Nini amek ni boleh? I’ll pay for it..” Nini mengangkat botol Yogurt Bliss Kiwi. Mummy tertawa.
“sempat perli..” Nini tersengih. Botol yang dipegang dimasukkan ke dalam troli. Dia melangkah ke arah Mummy.
“lepas ni nak cari pe?” soal Nini lagi. Tangannya masih setia menyorong troli. Hari ni Kak Tasya dan keluarga nak datang bincang-bincang. And kalau tak silap, Mummy cakap Mak Su pun sibuk ikut.. mentang-mentang Kak Tasya tu kawan baik dia..
Bila terfikirkan tentang Mak Su, Nini akan tergelak sendirian. Mereka sebenarnya bukannya ada apa-apa kaitan. Mummy dengan Mak Su lebih kurang macam saudara jauh. Alah! Lagipun kalau nak disalasilahkan.. berselirat!
“awak berangan ke?” Mummy menegur apabila anaknya itu langsung tidak berganjak. Erk! Nini tersedar. Dia tersengih.

“Mum.. kalau Kak Tasya dengan family dia setuju nak buat cepat kan, bila tarikhnya??” Mummy mencongak-congak di dalam kepala.
“mummy cadang nak langsungkan hujung minggu masa cuti sekolah.. agak-agak nampak macam terburu-buru ke?” soal Mummy meminta pendapat. Nini mengangguk.
“Mummy macam nak buat kahwin koboi tau tak? Dua bulan je nak buat segala preparations?” Nini menyoal Mummy kembali. Mummy terdiam.
“tapi abang awak dah 32.. macam dah lanjut sangat..” sejurus Nini tertawa.
“Mum.. kalau 32 untuk guys tu normal la.. yang tak normalnya Nini ni..” Erk!? Terlepas cakap! Mummy angkat kening.
“tau pun.. awak ni yang mummy lagi risaukan sebenarnya..” Nini mencucuk Blueberry Cheesecakenya. Tahu apa yang akan keluar dari mulut Mummy lepas ni.
“awak masih tak jumpa sesiapa ke?” Nini geleng. Mummy mengeluh. “awak nak yang macam mana sebenarnya? Kalau susah-susah sangat, biar mummy carikan..” terbeliak mata Nini. Oh tidak! Jangan katak perkataan itu di hadapanku!
“entah-entah jodoh Nini dah menghadap Illahi kot Mum..” mencerlang Mummy memandang anak daranya itu.
“mulut...” dan Nini hanya mampu tersengih.

“saya rasa macam kenal perempuan tu..” Puan Hanim menyinggul lengan suaminya. Encik Razif memanjangkan leher.
“kenapa? Bekas kekasih saya ke?” usik Encik Razif. Puan Hanim menjeling tajam suaminya. Encik Razif tergelak.
“”saya cakap betul-betul, abang main-main pulak..” dengusnya.
“dah tu, awak nak suruh saya buat apa? Pergi la tegur..” gesa Encik Razif. Puan Hanim melangkah mendapatkan wanita itu.

No comments:

Post a Comment