“assalamualaikum..” Mama mengelap tangan.
“waalaikumussalam..” segera dia melangkah ke pintu. Kelihatan anak bongsunya melangkah masuk kepenatan. “baru sampai?” Adil mengangguk lalu menghulur tangan untuk bersalam. Mama mengucup lembut pipi anaknya itu.
“kamu dah makan?” soal Mama. Adil menggeleng. “mama baru je siap masak. Kamu nak makan dulu atau tidur dulu?” Adil berhenti dari melangkah.
“Adil nak tidur dulu..” Mama tersenyum. Sebenarnya perjalanan dari Segamat-Kuala Lumpur bukanlah memakan masa yang lama. Sekadar dua jam perjalanan atau tiga jam jika jalan sibuk. Dia tahu anaknya itu sekadar ingin bermanja.
“ye la.. nanti mama kejut..” Adil mengangguk lalu melangkah naik ke atas.
“pa..” Adil melangkah ke ruang makan dan terlihat bapanya sedang menikmati makan malam.
“haa, Adil? Baru bangun?” Adil tersengih. Papanya mengerling ke arah jam di dinding. “dah 6.30.. kau dah solat?” Adil mengangguk. Sejurus selepas solat, dia terus turun untuk makan. “Yang.. ni si bongsu ni dah bangun..” panggil Papa. Mama melangkah masuk.
“baru bangun?” soalan yang sama. Adil hanya mengangguk. “nah..” Mama segera meletakkan pinggan di hadapan Adil. Adil membaca basmalah.
“mama risau sebenarnya..” Papa dan Adil memandang tepat ke arah wanita itu.
“apa yang awak risaukan?” soal Papa pelik. Mama mengeluh.
“si Adil ni la.. umur dah 26.. tapi belum ada satu calon pun untuk jadi isteri.” Adil tersedak. Papa menahan senyum yang mula terbit. Mama menjeling anaknya itu.
“ma.. Adil kan tengah makan..” protes Adil.
“masa bila lagi mama nak tanya kamu? Kamu tu esok dah mula kerja. Kalau nak mengharapkan kamu sendiri yang cari memang takkan jumpa la jawabnya..” rungut wanita itu. Adil mencapai gelas. Diteguk rakus air supaya tekaknya hilang perit. Papa pula hanya berdiam diri.
“kamu tu.. kalau susah-susah sangat.. biar mama yang carikan. Anak-anak kawan mama ramai je yang perempuan. Cantik-cantik.. pandai memasak.. belajar tinggi.. kerja bagus..” Adil memandang bapanya, cuba meminta bantuan. Papa hanya mengangkat bahu sambil mengulum senyum.
“ala ma.. semua mama cakap macam tu. Lagipun kan ma.. mama tau tak? Adil kan baru 26.. tak payah rushing sangat la semua ni..” rayunya. Mama mendengus.
“itu la alasan kamu kalau mama bangkitkan isu ni. Adil.. kamu tu kan pilot.. asyik terbang sana sini.. jumpa orang entah apa-apa.. kalau kamu dah duduk rumah kamu sendiri nanti, siapa yang nak jaga? Takkan kamu nak suruh mama yang jagakan?” soal wanita itu lagi.
“sebab tu Adil tinggal dengan mama..” pendek jawapannya. Papa terus tertawa. Mama menarik muka.
“abang ni! Patutnya abang sokong saya..” Papa cuba menahan tawa.
“Yang.. awak ni.. biarkan la anak kita tu bernafas.. awak asyik tanya bila dia nak kahwin.. lama-lama nanti tak kahwin pulak dia karang..”
“betul cakap papa tu.. jangan desak-desak ma.. jodoh tu sentiasa ada. Takkan pernah lari..”
“pandai la kamu..” Mama mengerling geram ke arah suaminya. Papa menaikkan kening.
“abang ni.. yang si bujang ni jugak yang disokongnya..” Papa hanya tergelak. Adil mengenyit mata ke arah bapanya. Apabila melihatkan wajah ibunya yang masam mencuka, Adil mula serba salah.
“okay.. Adil tanya mama.. apa kriteria menantu mama untuk si bujang ni..” Adil merujuk kepada dirinya sendiri.
“kriteria?” Adil mengangguk.
“mama nak seorang wanita yang baik, solehah, sopan, kerja bagus, rajin, pandai masak, yang boleh terima pekerjaan kamu, yang baik dengan keluarga..”
“cop cop.. ma.. tu macam fantasi je.. mana la Adil nak cari perempuan macam tu..” Adil ketawa. Mama merengus.
Namun Adil terdiam. Macam.. “kenapa?”
“kalau kriteria yang mama cakapkan tadi.. Adil rasa Adil dah jumpa..” mata Mama terus bersinar.
“ciri-ciri yang mama sebut tu semua Adil jumpa pada someone dekat Segamat tu..”
“siapa?” Mama tidak sabar.
“I don’t know her full name, tapi yang Adil tau, she’s a teacher in Farez’s school..”
“a teacher?” lagi bercahaya wajah Mama. Adil mengangguk. “kenalkan dekat mama.. jom pergi Segamat..” terbeliak mata Papa dan Adil.
“Yang? Awak sihat tak?”
“abang ni! Saya ni semangat nak jumpa dengan bakal menantu!” Adil tertawa.
“tapi ma.. better you shut down your angan-angan. She has a boyfriend already..”
“boyfriend?” Adil mengangguk.
“ye la..”
Mama mengeluh. “dah tu yang kamu pergi cakap kamu dah jumpa tu kenapa?” soal Mama tidak berpuas hati.
“sebab suka?”
papp!
“aduh!” lengannya dipukul kuat oleh Mama.
“I’m trying to be serious here, but you’re making fun of me?” mencerlang mata wanita itu memandang anaknya.
Adil memandang wajah papanya, cuba mendapatkan sokongan. Papa berdehem seketika.
“Yang.. awak ni pun satu. Biarkan je la si Adil ni nak kahwin ke tak. Nak kata awak belum bermenantu, anak sulung kita tu dah ada anak dah pun.. nak kata awak kemaruk nak bercucu, si Farez tu pun dah besar.. apa lagi la yang awak risaukan?” Mama mengeluh.
“abang.. anak kita ni pilot.. dia terbang jauh-jauh setiap kali bertugas, jumpa perempuan macam-macam jenis.. saya ni risaukan dia je..”
“is he a girl, Yang? Adil is a guy.. he’s 26, and he can think about his future by himself.. kalau betul awak sayang sangat dekat anak awak ni.. awak berhenti la dari paksa dia..” pujuk Papa.
Adil tersengih kemenangan.
“memang la abang dengan Adil ni.. bukan nak menyokong.. malas nak layan..” Mama berlalu. Papa mengangkat kening kepada anak bujangnya itu.
“you made her sulk.. and you should do the dishes.. papa dah siap..” Papa mengenyit mata ke arah anaknya itu. Terbeliak mata Adil.
“mana aci pa!” Papa sekadar tertawa.
“aci tak aci.. papa nak pujuk mama. Jangan susahkan Cik Leha pulak ae? Basuh sendiri..” pesan Papa. Mahu tak mahu Adil terpaksa menurut.
No comments:
Post a Comment