“assalamualaikum..” Nini dan Mummy serentak memandang yang memberi salam.
“waalaikumussalam.. ye?” Mummy terlebih dahulu menyoal. Wanita itu kelihatan teragak-agak mahu membuka mulut.
“Dhabita Izyan ke?” Mummy kerut dahi. Siapa pulak ni? Namun Mummy tetap mengangguk.
“Yan! Ni aku la! Takkan dah tak kenal!?” huh?!! Nini memandang Mummy. Mummy masih mengerut dahi.
“aku la.. Hanim! Takkan dah lupa?”
“MasyaAllah! Kau ke Nim? Lamanya tak jumpa!” mereka bersalaman. “eh! Jemput la duduk..” Mummy mempelawa. Wanita itu bersama suaminya duduk di kerusi bertentangan dengan mereka.
“patutlah aku nampak dari jauh tadi macam kenal.. memang kenal pun rupanya. Mujur juga tak tersilap orang..” Puan Hanim ramah berbicara. Mummy tersenyum.
“aku lagi la.. tak perasan orang je setiap masa..” mereka tergelak.
“ni anak bongsu kau ke?” Puan Hanim merenung skeptis ke arah Nini. Nini hanya mampu tersenyum pahit.
Aku lah kan.. lemah betul kalau ada makcik-makcik buat mata inspection macam ni...
“haah.. Nini. Kau tak kenal kot..” Puan Hanim mengangguk.
“aku kenal anak sulung kau je..” Nini mencucuk-cucuk Blueberry Cheesecakenya. Rimas. Dia nampak suami makcik di hadapannya itu tersenyum melihatkan gelagat keanak-anakannya itu, namun dia tidak boleh berpura-pura suka!
“awak buat budak ni tak selesa, Yang..” tegur Encik Razif. Nini angkat muka. Encik Razif tersenyum.
“abang ni.. kamu dah kahwin, Nini?” Nini geleng lambat-lambat. Mata Puan Hanim nampak bercahaya. Encik Razif menggeleng.
“degil bukan main yang sorang ni. Masak dah master, kemas rumah dah hebat.. jaga budak dah mahir. Kerja pun dah tetap. Apa lagi la yang dia tunggu sebenarnya.. penat aku cakap dengan si Nini ni..” keluh Mummy. Nini terbeliak. Takkan la Mummy nak cerita semuanya?!
Puan Hanim tertawa. “biasalah.. anak bongsu aku pun macam tu. Entah bila nak kahwin, aku pun tak tau..”
Mereka tertawa lagi. Nini segera menyedut jus epalnya.
Janganlah terkeluar idea nak jodohkan aku ngan anak dia..
“kalau kahwinkan dengan anak kau, macam ok jugak kan?” uhuk!!!
Tiga pasang mata memandang ke arah Nini. Nini hanya mampu menyeringai.
“awak okay tak?” Mummy menepuk-nepuk lembut belakang badan Nini. Nini mengangguk. Tekaknya terasa perit.
“Mum.. Nini pergi toilet sekejap..” Mummy mengangguk.
Encik Razif melambakkan tawa. Puan Hanim dan Puan Dhabita mengerut dahi.
“kenapa abang gelak?” soal Puan Hanim, pelik.
“awak takkan tak perasan? Dia segan awak cakap pasal perkahwinan depan dia..” Puan Dhabita turut tersengih. Sebenarnya dia tahu yang anak daranya itu tidak suka dipaksa, namun niat Puan Hanim tadi bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.
Tiba-tiba telefon bimbit Puan Dhabita berdering. Puan Dhabita segera meminta izin menjawab panggilan.
“aku balik dulu la ye? Suami aku dah telefon..” Puan Dhabita meminta izin. Puan Hanim dan suami mengangguk.
“datang la rumah aku bila kau senang..” pelawa Puan Dhabita sebelum melangkah keluar dari Secret Recipe.
Encik Razif memandang pelik wajah isterinya yang asyik tersenyum itu. Seperti ada rancangan tersendiri..
No comments:
Post a Comment