Saturday, June 12, 2010

6


“assalamualaikum..”
“waalaikumussalam..”
“abang dah sampai depan rumah awak.. awak dah siap ke?” Nini menjenguk ke luar. Terlihat Proton Waja hitam milik abangnya.
“sekejap. Nini belum pakai tudung. Abang nak masuk atau tunggu Nini dalam kereta?” soal Nini kembali.
“abang masuk. Kalau tunggu awak bersiap memang lama..” Nini hanya tergelak. Dia segera menapak ke pintu.

Nini segera menghulur tangan untuk bersalaman. Abang mencapai lalu kucupan singgah ke pipi Abang. Abang turut sama mengucup pipinya. “lama abang tak jumpa awak sunshine..” Nini memuncung mendengarkan gelaran itu. Abang hanya tertawa. “awak mintak cuti berapa hari?” soal Abang sambil membuka kasut.
“sampai Ahad je..”
“sekejapnya?” Nini hanya tersengih. Dia menarik tangan abangnya agar segera masuk.
“kereta awak mana?”
“masuk workshop. Tak tau kenapa.. semalam balik-balik dari Giant tak boleh nak start..” terang Nini. Dia melangkah ke dalam bilik.
“awak nak pakai kereta abang ke?” Abang melabuhkan punggung di sofa berangkai tiga.
“abang jangan nak buat lawak.. abang nak suruh kereta masuk workshop, Nini masuk hospital?” Abang tertawa lagi. Maklum benar dengan adiknya yang langsung tidak pandai memandu kereta manual.
“abang pun satu.. kan kereta waja ada yang auto.. kenapa tak beli je yang auto?”
“sebab abang nampak macho bila tukar-tukar gear?” selamba abangnya memberi jawapan. Terlambak tawa Nini.
“please!” Abang turut sama tertawa. “siap..” Nini melangkah keluar. Abang memerhati lama pemakaian adiknya.
“awak pakai jugak rupanya shawl yang abang belikan..”
“selalu tau.. sebagai tanda Nini sayang abang..” jejaka itu tergelak lagi.
“jom..” dia terhenti dari melangkah. “kenapa?” pelik melihat adiknya yang tersenyum penuh makna itu.
“abang..” suara sengaja dilunakkan. Abang mengerut dahi. “angkatkan beg boleh?” Nini menyoal dengan senyuman manja. Abang bercekak pinggang.
“manjanya!” rungut abang, namun tangannya tetap mencapai beg adiknya.
“sayang abang!” pinggang abangnya dipeluk.
“nasib baik dapat abang yang macho macam abang ni..”
“ye la..” Nini hanya menurut. Malas mahu melayan.

Adil masuk ke dalam rumah. Hatinya sedikit tertanya-tanya. Siapakah lelaki yang kelihatan sangat mesra dengan Nini itu? Semasa dia keluar tadi, nampak Nini mencium mesra pipi lelaki itu. Dan kini? Berpelukan pula? Hatinya sedikit terluka dengan tindakan Nini. Biarpun mereka hanya berkenalan secara tidak sengaja, entah kenapa dia boleh terjatuh suka pada wanita muda itu. Terdengar telefon bimbitnya menjerit nyaring. Hari ini hari terakhir dia di Segamat. Selepas ini pasti dia takkan berjumpa dengan wajah lembut itu lagi.
Deringan termati. Adil mengerut dahi.
Siapa yang main miss call ni? Macam budak-budak!
Adil melabuhkan punggung di atas sofa. Jemarinya menekan button remote controller Astro. Disney Channel sedang menayangkan The Pink Panther Show. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lagi.
“ya assalamualaikum?”
“waalaikumussalam.. Pak Su, ni orang ni.. nak tanya.. barang yang orang pesan hari tu dah beli?” Adil segera tersedar.
“oh.. dah. Dah.. petang nanti Pak Su hantar..”
“okay thanks.. assalamualaikum..” Adil menjawab salam lalu talian dimatikan. Dia melangkah ke dapur. Dia belum sarapan. Dia tak pandai memasak. Jawapannya? Makan luar!

“awak tau tak? Banyak-banyak tempat yang boleh makan nasi.. awak nak jugak ke McD.. kenapa ya? BF awak kerja sini ke?” leher dipanjangkan. Papp! Bahu Abang ditampar kuat.

“Nini ajak makan McD pun salah?” cemberut wajah gadis itu. Abang menggeleng sambil bibirnya masih mengukir sengih.

“okay.. tak payah makan..” Nini meletakkan semula Sausage McMuffin with Eggnya.  Kali ini tawa terus meletus dari mulut Abang sehingga pelanggan-pelangan lain memandang ke arah mereka. Abang segera mengangkat tangan tanda meminta maaf.

“okay.. I’m sorry.. tapi serius sunshine.. dah lama abang tak jokes around dengan awak..” Nini memuncung.
“that name kalau tak guna outside berdosa ke bang?” Abang mengangkat bahu.
“you’re my sunshine kan?”

“okay.. the winner is you..” Nini mengalah. Abang tertawa lagi.


Adil terhenti seketika. Wajah Nini yang sedang tertawa di sisi lelaki pagi tadi benar-benar mengkakukannya. Dia meneruskan juga langkah. Lagipun buat apa dia kena buat muka ala-ala putus cinta? Dia dengan Nini hanya berkenalan secara kebetulan! Bukannya mereka berkenalan lepas tu cinta berputik ala-ala drama yang selalu Kak Nisha [kakak iparnya] selalu tonton tu.


“sorry late.. Pak Su tertidur tadi..” Adil bersuara sebaik sahaj mendekati anak saudaranya itu.

“no hal.. lagipun Farez tengah main tenis time Pak Su datang tadi..” Adil segera menghulurkan barangan yang dipesan Farez.

“these.. Pak Su pergi KFC sebelum datang sini tadi..” Farez memandang wajah bapa saudaranya itu.

“Pak Su.. can I ask you something?” Adil mengangguk. “Sepanjang 2 minggu Pak Su dekat sini.. dapur rumah tak pernah berasap ae?” Adil hanya tergelak mendengar soalan itu.

“kalau Farez nak merasa rumah keluar newspaper, boleh gak suruh Pak Su masak..” dan mereka tertawa.

“I wanna ask you something..” Farez mengerut dahi.

“do you know any cikgu Nini here?” Farez mengangguk.

“cikgu Sejarah lower form.. kenapa dengan dia?”

“nothing..”

“eh? Macam mana Pak Su boleh kenal Cikgu Nini pulak?” pelik. Adil hanya tersenyum.

“what’s her real name?” soalan berbalas soalan.

“panjang sangat. Orang tak pernah ingat. Yang orang tahu, nama dia ada perkataan Dayang..” angguk.

“umur?”

“28 kalau tak silap..” angguk lagi.

“do you know whether she has a boyfriend or fiance or..”

“setahu orang takde.. sebab Cikgu Nini tu memang still solo. Dengar cerita ada cikgu orang suka kat Cikgu Nini tu..”

“eh?”

“tak tau.. dengar cerita je.. tapi ye la kan? Mana la orang tau kisah hidup cikgu-cikgu ni..”

“oh..”

“eh? Kenapa Pak Su asyik tanya je?” Adil hanya menggeleng.

“dah la.. Pak Su nak balik dulu.. nanti lambat sampai, tau je la nenek akan cakap pe..” Farez tertawa. Maklum sangat dengan sikap neneknya itu.

“drive carefully Pak Su..”

“haa.. before that.. ni kunci rumah..” sempat Adil menghulurkan gugusan kunci kepada Farez.

“okay.. assalamualaikum Pak Su..” Adil mengenakan tali pinggang keselamatan.

No comments:

Post a Comment