Pe lagi yang nak dibeli ek?
Nini meneliti satu persatu barangan yang tersusun di rak syampu itu.
Boleh la ni..
Dicapainya botol syampu Sunsilk merah jambu itu lalu diletakkan ke dalam troli. Nini mula menolak trolinya. Tinggal bahan untuk memasak sahaja lagi yang belum dibelinya. Nini mula mencongak di dalam kepala. Esok dah nak balik.. kalau abang yang jemput, mesti kena makan dekat rumah. So tak boleh beli banyak-banyak sangat. Nini memandang semula ke dalam trolinya. Kebanyakan barang yang dibeli kesemuanya barangan mandian. Dia melangkah ke arah cashier.
Bukk!!!
Nini mengurut dada. Nasib baik aku tak melatah! Matanya segera mencari wajah yang dilanggarnya itu. “eh? Mr. Gen-2!” erk! Nini segera menutup mulut. Jejaka di hadapannya mengangkat kening.
“haa!!! The Neo Lady!” girang. Nini hanya mampu tersengih bersalah. “kenapa setiap kali kita berjumpa mesti akan terlanggar?” soal jejaka itu. Nini hanya mengangkat bahu.
“you shopping?” Nini mengangguk.
Diam.
“awak shopping gak?” angguk. Nini mengerut dahi. “awak pakai ke brands yang ada dekat Segamat ni?” Adil tertawa.
“bukan satu masalah pun. Lagipun barangan di Segamat lebih murah kan? Mama kalau shopping baju raya, dia sanggup drive dari pagi semata-mata nak ke Jakel..” Adil rancak bercerita. Nini mengangkat kening. “sceptic, aren’t you?”
“you’re a pilot..” Adil tertawa.
“a pilot tak semestinya kena sentiasa pakai branded items.. lagipun I dibesarkan dengan satu prinsip mama yang memang melekat sampai sekarang.. biarkan murah, asalkan bergaya..” giliran Nini pula tertawa.
“sama sangat dengan mummy saya. Kalau mummy nak shopping, biasanya mummy akan bawak duit yang cukup-cukup saja. Kalau terlebih, baru mummy akan minta babah saya bayarkan..”
“lebih kurang je personaliti diorang, kan?” Nini mengangguk. Dikeluarkan barang-barangnya lalu diletakkan ke tempat cashier. “so, you memang dah lama mengajar sekolah tu?”
“tak jugak.. dalam 1 tahun?”
“you jadi warden?” segera Nini menggeleng.
“I dislike noises.. kadang-kadang kalau kena teman Nora pun, saya selalu bawak something yang boleh distract my attention daripada berapi dengan perangai students..” rancak Nini bercerita. Adil tersenyum mendengarkan suara itu. Mudah juga rupanya gadis ini untuk bersuara.
“okay.. saya gerak dulu..” Nini meminta izin. Adil tersenyum lalu mengangkat tangan.
Adil memerhati ke arah sebuah kelibat yang seperti dikenali itu. Dia melangkah merapati. “Miss Nini?” wanita itu menoleh. Wajahnya tampak lega. “are you okay?” soal Adil.
“not really.. tiba-tiba kereta saya meragam. Can’t start the engine..” keluh Nini. Wajahnya nampak pucat. Adil mengeluh. Dia memang tidak tahu mengenai perkara-perkara sebegini. Bukan bidangnya.
“you ada number mana-mana mekanik?” angguk. “okay.. why don’t you call and ask him to pick up your car.. biar I hantar you balik?” pelawa Adil. Nini segera menggeleng.
“why not?”
“tak proper.. maaf.. saya tak nak your gf tiba-tiba serang saya..” Adil tertawa kecil.
“it’s no biggie.. and actually.. I bukan nak rosakkan you.. I’m just trying to help..” Adil menyandarkan tubuh ke kereta Nini.
“jom la.. muka you dah sangat pucat. If you berjemur lagi, you akan pitam.. just call him and I’ll fetch you back home..” Nini masih tidak menjawab. Adil menanti dengan penuh sabar.
“sorry for troubling you..” Adil hanya menggeleng.
“thanks sebab hantar saya balik..” Nini menanggalkan tali pinggang keselamatan. Namun Adil masih tidak membuka central lock.
“kenapa I tak pernah perasan yang you duduk di sebelah rumah abang I?” Nini tercengang.
“you mean?”
“you tak kenal jiran?”
“kenal.. but..”
“abang I, Aqil.. Aqil Adam..” jatuh rahang Nini buat kali kedua.
“you mean, abang you is encik Adam?” Adil mengangguk. OMG! Janganlah berlaku banyak sangat kebetulan antara aku dengan dia ni!
“tak sangka selama ni you yang jadi jiran abang I..”
kalau yang ni yang abang selalu cerita, aku dengan rela hati masuk meminang..
“saya tak tahu pulak yang Encik Adam ada adik..” Nini memandang Adil. Adeh.. bila dia nak bukak pintu ni?
Aku nak baring tidur ni..
Adil memandang Nini, lama sekali. “umur you berapa?” Nini mengerut dahi.
“28.. kenapa?” terlukis riak terkejut di wajah Adil.
“you? 28?” Adil memandang lagi keseluruhan penampilan Nini.
“kenapa?” sekali lagi Nini menyoal. Apahal skeptik sangat?
“you’re 28?” Nini mengangguk. “are you married?” geleng. “I can’t believe this. You look like you’re in 22 or so..” Nini tergelak. Memang ramai sebenarnya yang tidak percaya dengan umurnya itu. Kata mereka Nini hanya berpura-pura.
“saya nampak muda?”
“I thought you lagi muda dari I..” Nini cuba menahan tawanya.
“sorry for being a lot older than you then..” Adil tersenyum.
“no biggie..”
“thnaks sebab hantar saya balik..” Nini cuba menyedarkan jejaka itu supaya membuka pintu. Adil tersentak.
“oppss.. sorry..” Adil segera membuka central lock.
“Assalamualaikum..”
“waalaikumussalam..” dan Adil memandu ke rumah sebelah.
No comments:
Post a Comment