Saturday, June 12, 2010

4


“assalamualaikum.. boleh saya bercakap dengan Puan Dhabita Izyan bt Abd. Rahim?” Puan Dhabita mengerut dahi. Siapa pula yang menelefon waktu malam begini?
“waalaikumussalam.. ya saya Dhabita Izyan.. boleh saya tahu kenapa saya ditelefon pada waktu malam begini?” si pemanggil menghela nafas berat.
“maaf puan.. saya terpaksa menyampaikan satu berita..” hati Puan Dhabita mula tidak sedap.
“anak puan, cik Dayangku Fairuz Haryani..” suara itu terhenti. Puan Dhabita menggenggam kemas gagang di tangan. Ya ALLAH.. jauhkanlah perkara buruk dari menimpa anakku itu..
“dia..” kedengaran nafas dihela berat. Puan Dhabita mula terasa dunia berpusing.
“dia.. nak cakap dengan mummy.. assalamualaikum mummy! Buat apa tu?” girang suara yang menegur.
Gagang terjatuh.
“hello? Mummy?” Puan Dhabita tersedar. Dia mengangkat gagang semula.
“hello.. anak saya?” terdengar tawa di hujung talian.
“ni Nini la mummy..” terbeliak mata Puan Dhabita.
“subhanALLAH! Dayangku Fairuz Haryani!” terlambak tawa Nini. “awak tahu tak nyawa mummy hampir melayang bila dapat call macam tu?” marah wanita itu.
Nini hanya tersengih. Dia dapat bayangkan wajah ibunya yang pucat lesi. “maaf mummy.. Nini janji Nini takkan buat lagi..” Nini cuba mengambil hati ibunya. Mummy mendengus lembut.
“awak dah buat hampir 3 kali.. mujur mummy tak ada sakit jantung..”
 “mummy.. tak baik cakap macam tu..” Nini terasa bersalah.
“tapi.. mummy pun boleh tak cam suara awak.. serak sangat.. awak demam ke?” Nini hanya tergelak.
“er.. taklah..” teragak-agak.
“Nini?”
 “ya?”
 “Segamat hujan ke?”
“err.. agak lebat..” balas Nini. Tahu soalan apa yang akan terkeluar dari mulut mummy selepas ini.
“awak terkena air hujan ke?”
“tak?”
“Nini..”
“okay.. memang kena.. tapi sikit je..”
“awak demam kan sekarang ni?”
“a.. ah..” Nini menahan nafas.
“awak tahu tak yang mummy kat rumah selalu risaukan awak, then bila awak call awak cakap awak demam.. awak..”
“mummy.. Nora jaga Nini kat sini. Don’t worry okay?” segera Nini memotong sebelum mummy mula membebel. Mummy mendengus.
“Nora tu selalu stay dekat asrama.. awak tu yang duduk seorang di rumah.. mummy tak kira. Hujung minggu ni balik sini.. if awak tak larat untuk drive, mummy suruh abang jemput..” Nini tersengih lagi.
“tak ke abang busy?”
“Nini..”
“baik.. saya menurut perintah, Puan..” Mummy tergelak mendengar nada tidak ikhlas anaknya itu.
“itulah.. bila mummy cadangkan awak kahwin, awak tak nak.. cuba awak bayangkan.. kalau awak dah kahwin, ada orang nak jaga.. kalau balik sini, ada orang boleh drive.. kalau awak demam, dia tolong jaga..”
“mummy.. Nini baru 18 lah..” Nini merungut.
“pembetulan.. awak dah 28.. sebab tu mummy suruh awak kahwin cepat..” gesa Mummy. Nini menghela nafas berat. Agak mummy ingat kahwin ni macam beli pensel ke?
“Nini tahu.. but, Nini tak jumpa lagi soulmate Nini..” dalih Nini. Tiba-tiba terdengar salam. Mesti abang dah balik!
“mummy cakap dengan siapa?” dah sah!
“adik awak..”
“can I speak to her?” gagang beralih tangan.
“hey sunshine!”
“abang!” girang.
“whoa.. hold it.. apa yang buat awak pun happy? Setahu abang awak akan merungut kalau abang panggil awak sunshine?” pelik mendengar intonasi adiknya itu.
“apa lagi.. dia nak nyorokkan suara dia yang serak.. adik awak demam tu..” adeh! Nini tepuk dahi.
Satu.. Dua.. Tiga..
“Dayangku Fairuz Haryani..” bergetar suara itu dengan nada amaran.
“maaf tuan! Saya janji saya takkan mandi hujan lagi, dan akan makan ubat..” suara di hujung talian merengus.
“abang pergi tempat awak esok. Take an emergency leave for two days..” dah agak!
“abang.. I’m fine..” kadang-kadang rimas pula dapat family yang terlebih concern ni..
“abang tak kira.. you ask for it or I’ll be the one that asking it for you..” suara itu mengugut.
“baik..” Nini berkecil hati. Apakah dia masih kanak-kanak untuk dilayan sedemikian?
“good..” namun tiada balasan. “Nini..” tiada jawapan.
“Nini? Are you sleeping?”
Diam.
“Dayang..”
“okay.. I know.. Nini nak tidur.. I’m sorry.. good night.. assalamualaikum.. kirim salam mummy and babah..” klik. Talian diputuskan.

“ya? Waalaikumussalam..” Adil menjawab malas.
“Adil..” matanya terus celik.
“mama..”
“eh? Kenapa macam terkejut je?”
“tak de pape.. kenapa mama call?”
“salah ke?”
“tak..” diam.
“Adil bila balik sini?” soal ibunya.
“hujung minggu kot.. cuti Adil pun dah habis. Hari tu Ajim cakap Adil kena schedule straight seminggu ke OZ-NZ..”
“what? Kamu tu dah la cuti sekejap je..”
“yeah.. tu sebabnya first-first Adil ingat Adil nak cuti dengan mama. Tiba-tiba abang called mintak jagakan rumah..” rungut Adil. Mama gelak.
“Adil.. mama nak cakap sesuatu..”
“hmm..”
“kamu dah ada calon ke?” diam. “Adil?” diam lagi.
“Muhamad Adil Adzam?”
“ada ni.. mama..”
“apa?”
“tak boleh cerita benda lain ke?”
“kenapa pulak?”
“mama.. pasal jodoh semua ni, kalau kita biarkan Tuhan je yang tentukan tak boleh ke?” terdengar mamanya mengeluh.
“kamu dah 26, Adil..”
“baru 26 ma.. lagipun men’s life begins at 40, ma..” Adil cuba berseloroh.
“kamu main-main pulak? Kalau betullah life begin at 40, kenapa abang boleh happy dengan perkahwinan dia even dia kahwin umur 26? Kenapa Cik Hakimi kamu boleh gembira dengan isterinya sampai sekarang bila mereka nikah masa belajar?”
“tu diorang ma.. Adil tak sedia lagi la..” dalih Adil lagi.
“kamu ni.. kalau mama tanya, mesti jawab gini. Cuba kamu serius sikit.. dulu masa kamu kenalkan girlfriends kamu, ada seorang yang mama berkenan. Bila nak masuk meminang, kamu pulak kata belum sedia.” Leter ibunya lagi.
“kita cakap nanti ye ma? Adil dah ngantuk sangat ni..” Adil pura-pura menguap. Ibunya tahu, itu taktik Adil untuk melarikan diri dari topik itu.
“pandai la kamu.. dah.. mama pun nak tidur ni. Kalau pergi lawat Farez, kirim salam..” pesan Mama.
“baik ma.. assalamualaikum..” klik! Talian diputuskan. Adil merenung  ke dada langit.

Telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi. Adil mengeluh. Siapa pulak ni? “ya? Assalamualaikum..” datar nada Adil.
“waalaikumussalam. Weh? Kau memang dah tak ingat kerja ae?” Adil tergelak. Kenal dengan suara itu.
“woi mangkuk.. bukanlah tak ingat kerja. Cuti ni aku busy la..”
“memang.. busy jadi suri rumah!” gelak.
“kau apahal call aku?” soal Adil lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
“aku nak ingatkan kau, minggu depan kau kena fly route OZ-NZ. Lepas tu, kalau tak silap, kau akan fly ke LA kot..” Adil mengangguk. Pelik juga sebenarnya. Kenapa dia ditugaskan route Europe? Selama ini, dia hanya ditugaskan ke Egypt, Jepun, ataupun Korea.
“kau bomoh apa dekat uncle tu sampai dia bagi aku, sang Freshie terkacak ni permission on Europe tu?” Ajim tergelak.
“kau.. perasan gila! Tolong sikit ae? Aku tak main la benda-benda khurafat tu.. dah memang kau layak kot?” diam.
“pehal aku call kau dari tadi kau tak angkat?” soal Ajim pelik.
“mama aku call..”
picit button remote controller. Di skrin LCD itu, Chelsea sedang berentap dengan Portsmouth.
“then?”
“then?” soal Adil pula. Diam. Pecah gelak 2 minit kemudian.
“kau.. kalau gelakkan aku memang hebat..” datar Adil memberi komen. Ajim menahan tawa.
“memang confirm la isu yang sama mama kau bangkitkan?”
“ye la.. habis apa lagi yang beliau akan ungkit? Memang itu je la isu yang dari aku first-first dapat fly sampailah aku dah macam ni..” Ajim gelak lagi.
“kau dah 26 la, bro..”
“baru 26 la.. muda lagi apa?”
“muda la sangat.. dah boleh jadi bapak budak dah pun.. kau kan dah steady dengan Lisa tu? Apa problemnya lagi? Masuk je la minang?” saran Ajim.
“entah la..”
“huh?”
“penat la aku.. asyik mengamuk je.. kau tau? Hari tu aku bawak dia pergi shopping kat Melaka. Dia ada terlanggar orang tapi dia demand orang tu mintak maaf kat dia. Gila..” Ajim diam. Memang tahu akan sikap Adil. Kalau terlanggar atau terbuat orang naik marah secara tiba-tiba, pasti Adil yang akan meminta maaf biarpun itu bukan silapnya.
“then?”
“nasib baik gak the lady yang dia langgar tu jenis yang cool.. boleh pulak lady tu yang mintak maaf..”
“so?”
“so apa lagi? Aku tinggalkan je..” Adil melepaskan keluhan berat.
“the lady?”
“Nini..”
“excuse me?” Adil tersedar.
“Nini? Who’s Nini?” soal Ajim beria-ia.
“nama teddy bear anak saudara aku.. dia sururh aku amikkan tadi..”
“oh..”
“eh! Kau mana ada anak saudara perempuan!” Adil menggigit bibir.
Adus Ajim ni! Time-time macam ni pulak telinga dia tajam.
“aku ngantuk ni.. kalau ada apa-apa hal, aku call kau.. chiow.. Assalamualaikum..”
“Dy!”
Talian segera diputuskan. Adil mematikan telefon bimbit.

No comments:

Post a Comment