Saturday, June 12, 2010

3


“Nini..” Nini memandang Nora dari balik laptopnya. “kau dah tak contact ke dengan pilot tu?” Nini mengangkat kening.
“pilot who?” soal Nini kembali. Nora merengus.
“pilot yang ada nephew kat sekolah kita ni..” Nini cuba mengingat kembali. Oh!
“oh.. tak.. kenapa?” wajah Nora tampak kecewa. “and kenapa cara kau cakap macam aku ni selalu contact dengan dia?” Nora hanya tersengih.
“takde la.. mana tau.. dia ada bagi phone number dekat kau kan dulu?”
“babe? Kau dah lupa ke yang girlfriend dia yang sangat cantik tu dah ada.. buat apa orang tak cantik dan tak penting macam aku ni contact dia?” Nini cuba menyampaikan rasionalnya. Nora hanya mengangkat bahu.
“tapi serius cakap.. he looks interested in you..” Nini hanya tertawa kecil.
“siapa yang interested in Nini?!” suara kuat itu mengejutkan Nini dan Nora. Mereka serentak memandang ke meja sebelah.
“Azi!” Nora dan Nini berbisik kuat. Memanglah si Azi ni tak reti nak slowkan suara. Semua penghuni bilik guru SMKS memandang ke arah mereka bertiga.
“sorry..” Azi mengenyit mata.
“berbalik kepada soalan aku tadi.. siapa yang interested dekat Nini?” dia memang berminat untuk mengetahui segala gosip. Nini menghela nafas. Nora pula hanya mampu tersengih.
“boleh aku cerita?” soal Nora. Nini hanya mengangguk. Bukannya apapun. Nora segera membuka cerita.

Mata Azi terbeliak. Sangatlah ‘kayu’ si Nini ni! “that’s why aku pun cakap kau dense..” Nora memandang Nini.
“eh? Salah aku pulak?” Nini mengangkat kening. Azi dan Nora memandang antara satu sama lain.
“kesian Naqib..” ek? Nini memandang teman-temannya itu.
“kenapa dengan cikgu Naqib?” pelik. Nora dan Azi menggeleng kepala. Nini hanya mengangkat bahu lalu menghadap semula laptopnya.
“agak dia tak tau ke yang Naqib suka dia?” Nora mengangkat bahu.
“kau pun tahu yang si Nini tu cuma ada dua orang je lelaki dalam hidupnya..” Nora memaksudkan bapa dan abang Nini. Azi dan Nora serentak memandang Naqib yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik guru itu.

“cikgu Nini..” Nini menoleh. Kelihatan En. Malik, kerani sekolah berjalan ke arahnya.
“cikgu tak ada kelas kan? Ni jadual guru ganti..” unjuk En. Malik. Nini memandang jadual. Kelas 4/3.. oh? Lupa.. Cikgu Md. Nor hari ni kena pergi kem MSSD.
“terima kasih pak cik..” En. Malik tersenyum. Selepas mendapatkan tanda tangan, En. Malik terus berlalu pergi.
Nini berkemas-kemas. “kau nak ke mana? Kan kau dah tak ada kelas?” soal Nora. Nini tersenyum.
“aku kena ganti cikgu Md. Nor.. dia kan ada kem MSSM minggu ni..” ohh..

“hari ni cikgu Nini ke yang ganti cikgu Md. Nor?” Nini tersenyum. Semua pelajar girang. Kalau dengan cikgu Nini, mereka boleh berlawak. Sama seperti cikgu Md. Nor. Bak kata mereka, cikgu Nini adalah cikgu Md. Nor versi perempuan.
“korang tak ada homework ke?” Nini menyoal melihatkan mereka yang sedikit hingar. Semua menjawab..
 “takde!”
Nini tergelak melihatkan telatah mereka. Kalau cakap pasal kerja sekolah, semua tiba-tiba akan jadi ‘takde!’.
“cikgu.. cikgu..” tiba-tiba Nini didatangi dua orang pelajar.
“ye Fahim? Reza?” melihatkan di tangan mereka terdapat buku teks Sejarah, pasti ada soalan. Nini segera menumpukan perhatian mendengar soalan.

“cikgu Nora..” Nora dan Azi berpaling menghadap ke meja guru lelaki.
“ye cikgu?” mereka mengangkat kening. Naqib pelik.
Aku panggil cikgu Nora je.. yang cikgu Azi pun sama naik kening kenapa?
 “nampak cikgu Haryani?” soalnya lagi.
“ganti kelas cikgu Md. Nor.. kenapa?” Naqib hanya menggeleng.
“so?” Nora mengangkat kening. Kenapa pulak dengan Azi ni?
“apahal?”
“antara that pilot guy dengan cikgu Naqib kita tu? Mana lagi handsome?” soal Azi penuh berminat. Nora diam seketika.
“kalau nak diikutkan.. mata aku memang cakap Naqib lagi handsome. That mr. Pilot ada markah dekat segak. And if you want somebody as your life partner.. aku dengan rela hatinya pilih ustaz kita tu.. dah la handsome.. pandai ngaji.. suka budak..” mereka tergelak.

“cikgu Haryani..” Nini mengerut dahi.
Siapa yang panggil nama penuh aku ni?
Nini menoleh. “eh, cikgu Naqib.. kenapa?” Nini pelik.
Tak pernah-pernah ustaz yang seorang ni tegur aku?
 “saya nak tanya.. skrip untuk hari sukan tu awak dah siapkan?” Nini semerta menepuk dahi.
Ya ALLAH! Macam mana aku boleh terlupa pulak? Aduss...
“err.. maaf.. saya belum buat pun..” Nini takut untuk mengangkat muka. Naqib menghela nafas.
“oh.. kalau macam tu, awak nak pinjam?” pelawa Naqib. Wajah Nini bersinar.
“boleh ke?” Naqib tersenyum ikhlas dan mengangguk. “thanks..” Nini membalas senyuman Naqib. Terpana Naqib melihatkan senyuman itu.

“yang kau senyum sampai ke telinga ni kenapa?” soal Nora pelik. Nini tersentak.
“sebab aku dah dapat bantuan untuk benda yang aku memang kalau boleh tak nak buat” Nini menunjukkan kertas di tangan. Dia segera duduk lalu menghidupkan suis laptopnya. Selesai satu kerja. Nora melirik ke arah Naqib yang masih memakukan pandangan terhadap Nini.
“ASTAGHFIRULLAH AL AZIM..” sengaja Nora bersuara kuat. Naqib tersedar. Segera dipalingkan wajahnya menghadap laptopnya semula. Malu apabila menyedari yang Nora nampak dia merenung Nini sebentar tadi. Nora menahan senyuman.

No comments:

Post a Comment