Saturday, June 12, 2010

2


“Ni.. agak-agak kau apa lagi yang aku belum beli ya?” Nini mengerut dahi.

“kan barang-barang kau.. yang pergi tanya aku buat apa?” Nini menggelengkan kepala. Nora ni memang suka macam ni. Dah beli-beli barang baru teringat benda yang belum beli atau tak sepatutnya dibeli. “kau dah beli ke alat-alat mekap kau?” Nini maklum dengan peralatan solek Nora yang sudah hampir habis itu.

“betul juga kan? Jom..” Nora menarik tangan Nini ke Guardian. Nini hanya menurut tanpa banyak kata. “ni yang best kalau pergi shopping dengan kau.. ajak je pergi mana.. semuanya okay..” puji Nora. Nini menjeling.

“kau kalau bab-bab membodek memang..” dan mereka tergelak.

“lagi you nak beli apa?” soal Eddy sambil matanya melirik ke arah teman wanitanya itu.

“I ingat nak cari foundation.. foundation I baru je habis pagi tadi..” keluh sang gadis. Adil hanya tergelak. Dia hanya menurut jejak wanita itu.

Bukk!!

“ouch!!” kedua-duanya saling mengaduh. “I’m sorry..” “are you blind?!” serentak dua ayat itu keluar dari mulut masing-masing. Nora segera membantu Nini bangun. Adil pula menarik tangan temannya.

“I’m really sorry..” sekali lagi Nini meminta maaf. Wanita di hadapannya merengus kasar. Ditatap lama penampilan Nini.

“patutlah buta. Orang kampung rupanya!” sindir wanita itu. Ek? Nini dan Nora berpandangan. Apakah pemakaian mereka yang bertudung ini dikatakan ‘orang kampung’?

aku tak pakai baju kurung Kedah bunga kecik-kecik pun??

 “do you think with just an apologize will make me satisfied?” wanita itu memarahi Nini.

“err..” Nini mati kata.

“Lisa..” tiba-tiba jejaka di sebelah wanita itu membuka mulut. “it’s your fault too la.. yang you nak marah-marah kenapa? Lagipun dia dah say sorry.. you too should apologize la sayang..” Adil menegur.

“you tak nampak this kampung girl yang langgar I tadi?” soal Lisa geram. Kenapa Adil nak menyebelahi budak kampung ni pulak? Adil mengeluh.

“Lis.. you pun sama salah.. apologize..” arahnya.

“I won’t.. this girl yang langgar I..” Lisa tak mahu mengalah.

“I asked you to apologize, Nurin Alissa..” suara Adil mula mendatar.

“No. Way..” sepatah-sepatah ayat itu keluar dari mulut gadis itu.

“eh.. kau yang langgar kawan aku, kenapa dia pulak yang kena mintak maaf?!” jerkah Nora. Nini segera menarik tangan Nora.

“mister.. miss.. I’m sorry.. it’s my fault..” ujar wanita di hadapan mereka tiba-tiba.

“Nini! Ni salah perempuan tu, okay?!” Nora tidak berpuas hati.

“dah la tu.. malu orang tengok..” dia sedar mereka kini menjadi tumpuan. Adil menanggalkan sunglassesnya. Macam kenal suara yang meminta maaf itu.

“the Satria Neo lady?” soal Adil. Eh? Nini mengerut dahi.

“ouh! Mister Gen-2!”

Nora dan Lisa sama-sama terkejut. Apakah mereka berdua saling berkenalan?

“I’m really sorry..” serentak kedua-dua mereka meminta maaf. “for my date’s behaviour/for my friend’s behaviour..” serentak sekali lagi. Terdiam. Masing-masing menyimpan tawa.

“jom..” Nini segera menarik tangan Nora ke dalam Guardian.

“Lis..” ajak Eddy. Namun wanita itu langsung tidak mahu mengikut. “Lisa..” sekali lagi Adil memanggil namun Lisa masih membatu. “fine..” Adil terus pergi.

“Eddy?!” Lisa terkejut.

heh.. sorry sikit.. takde masa aku nak layan kau and your ngada-ngada tu..


Adil melangkah masuk ke dalam Pizza Hut.

Lapar pulak..

 Dia baru tersedar sepanjang pagi tadi dia tidak makan. Matanya tiba-tiba tertancap kepada dua figura yang dikenalinya sebentar tadi. Dia segera menuju ke arah situ.

“err.. you guys tengah makan ke?” Nini tersedak. Segera Nora menghulurkan tisu. Adil tersengih, terasa 
bersalah. “sorry..” dia mahu duduk di meja sebelah.

“mind to join us?” pelawa Nora. Pucuk dicita ulam mendatang!

 “boleh ke?”

Nini mencerlangkan mata ke arah Nora. Nora mengangkat kening. “boleh.. Nini, no hal kan?” Nora memandang mata Nini. Lambat-lambat Nini mengangguk. Nora beralih ke sebelah Nini. Terus tangannya melambai waitress.

Nora ni.. ingat Pizza ni macam warung ke??

“so.. you guys memang asal Melaka ke?” Adil berbasa-basi. Nora menggeleng.

“saya orang Terengganu, Nini asal Brunei.. tapi sekarang duduk Selangor..” Nini memandang tajam wajah temannya itu. Geram.

Sejak bila pulak aku hire si Nora jadi manager pulak ni?

 “ouh.. you duduk Selangor? satu negeri la kita ni?” seronok sahaja Adil memberitahu.

“really? Nini dekat Sri Ampang Mas..”

“I dekat Nadayu..” Nora mengangkat kening ke arah Nini. Nini membalas kembali.

Apa kena-mengena dengan aku pulak?

"awak buat apa dekat Melaka ni?" soal Nora lagi.

"cuti.. I jaga rumah abang I sebenarnya.. dia terpaksa outstation 2minggu.."

"rumah abang awak kat mana?" soal Nora. Nini segera menyiku lengan temannya. Apa gaya macam polis 
pencen pulak? Nora menyiku kembali. Adil yang nampak kelakuan mereka menahan tawa.

"dekat Bandar Putera.." jatuh rahang Nini. 1 taman dengan aku?

"really?" Nora dah gaya makcik-makcik nak cari menantu. "sangat la kebetulan.. Nini pun tinggal dekat taman tu jugak.." kali ini giliran rahang Adil pula yang terjatuh.

"kenapa kita tak terserempak ya?"

"sebab taman tu besar?" Nini bersahaja menjawab. Adil tertawa. Nora mencebik. Dia nampak yang Adil kelihatan berminat terhadap Nini.

“betul juga kan? Lagipun I pun memang jarang keluar rumah..”

“meaning?” Nora cuba mencungkil rahsia, untuk Nini.

“I’m a pilot.. jarang di Malaysia.. ni pun I dapat cuti 2minggu.. dapatlah jugak lepaskan rindu kat Malaysia.. tapi terpaksa jagakan rumah abang pulak. I baru je cadang nak lepak-lepak dengan mama and papa..” ooh.. Nini dan Nora saling berpandangan. Patutlah nampak segak! “you guys asyik tanya I je.. you guys kerja mana?” soal Adil tiba-tiba.

“kami masing-masing cikgu.. saya ajar BM while Nini ajar Sejarah..” ujar Nora baik hati. Nini menyiku tangan Nora. Nora membulatkan mata kepada Nini. Adil menahan senyuman.

“mengajar di mana?” soal Adil lagi. 

“SMKS..”

patutlah aku jumpa dia kat hostel Farez hari tu..

“oh.. sangat la kebetulan.. my nephew belajar kat situ gak..” Nora mengangkat kening. “maybe you guys kenal? Muhamad Farez Haiqal bin Muhamad Aqil Adam?” Nini dan Nora mengerut dahi.

“oh! Budak form 4 kan?” soal Nini. Adil mengangguk.


“it was great meeting you guys..” Adil berdiri di kaunter.

“no biggie..” Nora menjawab riang.

“it’s RM80.15..” Nini membuka purse, namun Adil lebih pantas.

“my treat..” jawabnya selamba.

“mister..” Adil menoleh. “this..” berkerut dahi Nora dan Adil memandang wang kertas di tangan Nini.

“untuk apa ni?” soal Adil pelik.

“I don’t like to be indebted with anyone..”

“Miss Nini, right?” Nini mengangguk. “you calarkan maruah I if you paksa I ambil duit you..” ek?

“I’m a guy.. memang patut I yang belanja..” balas Adil lalu melangkah ke keretanya.

that girl is really different!

No comments:

Post a Comment