Saturday, June 12, 2010

1


“Pak Su, hantar sampai sini je la. Orang boleh angkat naik barang-barang ni..” Adil memandang wajah anak saudaranya itu.
“betul boleh bawak sendiri? You know that Pak Su just offer sekali je my help..” usik Adil. Anak saudaranya itu tertawa.
“orang boleh bawak sendiri.. orang dah form 4 dah.. dah besar.. ingat babah manjakan orang ke sampai setiap kali orang balik babah yang angkatkan barang?” bantahnya.
“whatever you say, Mr. Farez Haiqal..” Adil menurunkan boot.
“babah bagi duit tak semalam?” Farez mengangguk. “berapa?”
“rm50.. okay la tu..” bukannya dia duduk di Labuan pun sampaikan babah kena bagi rm50 terus.. duduk dekat Bandar Putera je pun sebenarnya. Adil mengeluarkan dompetnya.
“amik ni.. tak cukup call Pak Su.. Pak Su available sampai hujung minggu ni je..” pesan Adil. Terbeliak mata Farez melihatkan not rm50 itu di tangannya.
“Pak Su.. orang bukan nak beli atau bayar apa-apa pun!” Farez memulangkan semula duitnya.
“la.. Pak Su dah bagi tu amik je la...”
 “Pak Su.. nanti ramai pulak yang jadi pencuri.. tak mau la.. Pak Su amik la balik.. babah dah bagi dah..” Adil memandang mata Farez. Anak saudaranya yang ini memang tak gila duit.
Eh Eddy! Kau ada anak saudara yang lain ke?
“okay.. tapi ingat, kalau apa-apa berlaku, call Pak Su.. Farez ingat nombor phone rumah kan?”
“pe punya soalan la Pak Su ni!” mereka tertawa.
“okay, Pak Su gerak dulu..” Farez mengangguk.

“Nini, please.. temanlah aku malam ni..” rayu Nora. Nini memandang wajah temannya itu.
“kau ni lah pun.. kenapa mesti hari ada CSI:Supreme Sunday baru kau nak ajak aku teman kau ya? Kau dengki dengan aku ae?” Nora tergelak dari hujung gagang.
“boleh ae? Aku tau kau baik Nini.. you’re my life saviour kan?” Nora masih tidak berputus asa memujuk.
“ha ye lah.. aku datang setengah jam lagi.. time ni la akulah live saviour kau..”
 “yay! Thanks Nini! Sayang kau! Assalamualaikum!”
Nini menamatkan panggilan. Dia mencapai tote bag. Kalau setakat overnight dekat bilik warden aspuri, dia cuma perlu membawa baju untuk esok, toiletries, mekap dan.. hurmm.. iPod. Sebab dekat aspuri pasti bising dengan kerenah pelajar. Semua dicampak ke dalam tote bagnya.
Nora ni pun lahai.. tak boleh tengok aku senang.. nasib baik bilik warden ada Astro..

“oh my GOD..” desis Nini. What have I done?! Omo! Omo! Dia segera keluar dari keretanya. Empunya kereta yang berselisih dengannya itu turut keluar. Pucat wajah Nini.
Jangan tengking aku.. mintak ampun! Nak suruh aku bayar takpe tapi tolong jangan tengking..
“I’m really sorry..” serentak mereka berdua mengucap maaf. “I was in a hurry.” Terdiam. Adil tertawa.
“sorry ya, Lady. I memang tak perasan kereta you tadi..” pinta jejaka berkemeja biru laut itu. Nini menggeleng.
“I’m the one that should say sorry, mister.. saya memang tak perasan kereta awak lalu.. maaf sangat..” banyak sangat calar pada Gen-2 tu.. kopak la aku bulan ni! Mummy!
“eh.. bukan salah you..” Adil terlihat kesan kemik di badan Satria Neo itu. “do you have a pen and a paper?” Nini kabur, namun dia menghulurkan juga kertas dan pen yang memang ada di dalam dashboardnya.
“this is my phone number.. if you need to send your car to workshop, just call me and I’ll pay for it.. banyak sangat calarnya..” memanglah. Dia yang reverse tak pandang belakang. Lalai! Nini teragak-agak. “take it.. silap I langgar kereta you.. so it’s not your fault..” Nini berterima kasih sangat! Kalau lelaki ini tengking dia tadi, pasti dia akan terus menangis!
“awak..” Adil menoleh. “thanks sebab tak tinggikan suara awak pada saya..” Adil hanya tersenyum. Bukan untuk memberikan nombor untuk dihubungi bagi mendapatkan duit? Adil menuju semula ke keretanya.
Memang kena ke workshop jugak kau hujung minggu ni..

“bukan main lama pulak kau? Bukan dekat je ke Bandar Putera tu dengan SMKS?” pelik merajai hati kerana Nini lambat sampai. Nini tersengih.
“kereta aku dilanggar dan aku mencalarkan kereta orang.
“what?!” Nora terkejut. “kau okay tak?” Nini mengangguk. “kau ni lah pun.. jangan la buat statement macam tu.. aku boleh fikir yang teruk-teruk berlaku kat kau tau!?” Nini hanya tertawa.
“kau kalau jadi drama queen memang rajin..” komen Nini. Nora hanya tertawa.
“siapa yang langgar kau? Lelaki atau perempuan?”
“a guy.. and if it’s you that been in my position, you’ll come to me and shouting.. ‘OMG! Nini! That guy was such a hunk!” Nini mengajuk gaya Nora setiap kali dia ternampak jejaka-jejaka yang kacak. Nora hanya tertawa. Dia langsung tidak terasa hati.
“so?”
 “so what?” soal Nini, kelam!
“whether kau terlalu dense, buat-buat dense atau kau memang tak straight..” keluh Nora.
“hey!” Nini memukul bahu Nora.
Nora tertawa. “takde la.. I mean.. if a hunk yang langgar kau, if dia marah pun kau boleh tenang tau!?” semangat pulak si Nora ni.
“dia tak marah aku.. siap say sorry lagi.. dia bagi number kat aku supaya aku senang nak mintak ganti rugi nanti.” Wajah Nora terus berubah ceria.
“apa lagi?! Call him and ask for a date la! Nini! Peluang depan mata! Ngurat la!!!” gesa Nora lagi. Nini terbahak-bahak tertawa.
“you and your matchmaking..” komen Nini. Nora tertawa juga. Tiba-tiba pintu bilik warden diketuk.
“assalamualaikum!!”
 “waalaikumussalam..” dahi Nora dan Nini sama berkerut. Siapa pula yang mengganggu waktu-waktu begini? Nora segera membuka pintu. Kelihatan dua orang pelajar tingkatan 5 sedang tersengih memandangnya. Nora menggelengkan kepala. “haa.. korang nak apa?” jerkah Nora, pura-pura garang. Nini menahan tawa.
“cikgu.. cikgu Nini ada tak?” soal salah seorang pelajar. Nora melirik ke arah Nini. Nini mengangguk. Tahu sangat kalau yang seorang tu nak berjumpa dengannya kerana apa.
“korang memang tak boleh biar aku gosip bersendirianlah..” keluh Nora lalu membuka pintu dengan lebih lebar.

No comments:

Post a Comment