Wednesday, August 11, 2010

21


Online skype. Mummy dan babah nak cakap something.

Nini mengerut dahi. Mesej yang diberikan Abang benar-benar membuatkannya hairan. Sejak bila pulak kalau mummy atau babah nak bercakap mesti guna Skype? Mahu tidak mahu dia menghidupkan suis laptop dan internet.
Dalam pada masa yang sama, dia mencapai telefon bimbitnya.
Nini dah nak online.. few minutes akan nampak nama Nini online

Mesej dihantar. Dia mencapai novel Versus yang baru dibelinya minggu lepas.
Hisy! Baru hari ni dapat selak buku ni..
Dia menggerutu sendirian.
Eh Nini! Kalau jadi cikgu ni kena sentiasa ikhlas!
Dia mengetuk kepalanya sendiri. Dijenguknya laptop. Okay settle! Terus dia mencari ikon skype lalu ditekan dua kali.

Pengiran Adli : kita buat webcam ya?
Nini                 : baik

“assalamualaikum..” Babah memberi salam.
“waalaikumussalam.. mummy and babah apa khabar?” Nini melambai mummy dan babah. Mereka bertukar khabar buat sementara waktu.

“mummy nak cakap something..” Nini mengerut dahi. Kenapa mummy buat suara ala-ala serius katak ni? Risau.
“okey.. sejak bila kena mintak permission nak cakap apa-apa ni?” Nini cuba berlawak. Namun wajah mummy yang serius mengecutkan perut!
“Nini dah ada yang steady?” Nini menelan liur.
Don’t tell me anything like ‘someone proposed you..’ or whatsoever!
“kenapa mummy tanya macam tu?!” sedikit terjerit.
 “ada orang risik Nini..” rahang bawah memang dah tak boleh nak tutup. Nini siap terbeliak mata lagi! Babah tertawa melihatkan reaksi anaknya itu.
 “sebab ada orang yang lamar Nini.. so mummy nak tau la kalau-kalau anak bongsu mummy ni ada someone inside her mind or not..” Nini tergeleng laju.
“geleng untuk takde atau tak mahu beritahu atau..”
“Nini takde siapa-siapa atau apa.. Nini geleng sebab Nini TAK NAK terima lamaran tu!” Nini terjerit kecil. Huisy! Mimpi ngeri!
“kenapa terus tolak tanpa ambik tahu siapa yang melamar?” babah menyoal pelik.
“sebab Nini tak ready..”
“sampai bila?” Mummy mendekatkan wajah ke kamera. “sampai mummy dan babah dah takde kat dunia ni baru awak nak terima lamaran seseorang? Sampai umur awak lanjut hingga angka 40?” mummy menyoal bertubi-tubi. Nini lantas terdiam.
“babah dan mummy hanya nakkan yang terbaik untuk Nini..” babah cuba memujuk. Nini tetap menggeleng.
“Nini tetap tak nak..” perlahan namun tegas.
“okay.. Mummy tak kisah.. but don’t blame me if you”
“sudah Honey.. jangan doakan yang bukan-bukan untuk anak kita.” Babah cuba menyabarkan Mummy. Nini mengetap bibir.
“kenapa kita mesti bersabar lagi, Darling? Nini memang tak pernah sayang kita. Buat apa kita nak”
“Honey..” Babah segera memberi amaran. Bukan itu caranya memujuk anak! Mummy terus berpeluk tubuh. Yang menghadap webcam hanyalah Nini dan Babah.

“Babah sayang Nini.. awak satu-satunya anak perempuan yang Babah ada... Babah tak mau awak bergelar andatu sayang.. kita orang Melayu, and orang Melayu memang suka menjaga tepi kain orang lain.. which. Is a dummy thinking.. tapi ingat satu sayang.. bila Nini cakap Nini tak nak kahwin atau Nini belum ready, babah risau Nini akan tergolong dalam golongan anak yang melukakan hati ibu bapa.. think deeply about this one sayang.. Babah tak paksa langsung Nini terima Adil. Just I want you to think about it.. assalamualaikum..”
Pengiran Adli has logged off.

Nini terkesima dengan bait kata Babah tadi. Pening! Dia tak suka macam ni! Just wait and see mr. Gen-2!

No comments:

Post a Comment