Wednesday, August 11, 2010

20


“kenapa you dah lama tak jumpa I?” Lisa menyoal sebaik sahaja Adil sampai menjemputnya. Adil mengerut dahi.
“kenapa you tanya macam tu?”
“sebab I dah terlalu lama cari you, tapi you buat I macam tunggul! My messages you didn’t reply, you didn’t return my call.. you tak”
“salah siapa agaknya dalam kelesuan hubungan kita, Lis?” soal Adil setelah dia berdiam agak lama. Lisa terpana dengan soalan itu.

“bila I ajak you bertunang, you said that you’re not ready yet. Bila I tegur when you’re making mistakes, you melenting. Bila I tak return your call atau tak reply any of your messages, you mengamuk. Bila I fly overseas, you jumpa lelaki lain. Is it me or you yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap semua ni?” Adil berkata. Lisa melarikan pandangan.
Dia terpana dengan ayat terakhir Adil. Ada sesiapa yang mengenalinya kah yang melaporkan setiap pertemuannya dengan mana-mana lelaki jika Adil ke luar negara?
“I..”
“you need no explanation, Lis.. I dah penat dengan semua ni. I ajak you keluar pun sebab I nak putuskan perhubungan kita. Sorry dear.. but we’re done..” begitu sahaja Adil berlalu pergi, membiarkan Lisa terkulat-kulat sendirian.

“macam tu je kau tinggalkan Lisa?” Ajim menyoal sebaik sahaja Adil membolosi kereta. Adil tersengih.
“memang tepat keputusan aku untuk jadikan kau spy aku.. i owe you one bro..” dan Ajim hanya tertawa.
“so kau nak buat apa sekarang?” Adil diam. Teringat kembali idea gilanya yang diutarakan kepada Mama dan Papa malam tadi.

“kalau Adil cakap something, boleh?” Mama dan Papa memandang ke arah anak mereka. Apa yang nak dikatakan oleh Adil?
“Adil..” Papa mengangkat kening.
“kalau Adil mintak Mama dan Papa merisik someone untuk Adil boleh tak?” soal Adil. Dia langsung tidak memandang wajah ibu bapanya.

“Adil cakap apa tadi?!” setelah hampir 5 minit ibu bapanya diam. Adil tidak mengangkat wajah. Dia tahu mukanya memang dah merah!
“betul ke yang mama dengar ni?” Mama meminta kepastian. Adil mengangguk. “siapa?” Mama jelas tidak sabar.
“anak Aunt Yan..” secara spontan Papa tergelak besar. Adil dan Mama memandang pelik wajah Papa.
“kenapa abang/papa gelak?” serentak Adil dan Mama menyoal.
“memang patutnya abang dah boleh agak yang Adil nak mintak risikkan untuk anak kawan awak. Tapi tak sangka yang secepat ni anak awak nak make a move?” giat Papa. Adil mengetap bibir. Dia mula faham perasaan anak gadis yang dipinang oleh jejaka pilihannya. Malu!
“so?” kecil suaranya bertanya.
“esok jugak mama pergi..” dan Adil tersenyum kecil.

“aku rasa aku nak kahwin..” Ajim ternganga.
“kau nak kahwin dengan siapa?!” Ajim terjerit kecil.
“Nini?” Ajim tergeleng dengan jawapan Adil.
“you’re one of a kind, Ed..” dan Adil hanya memandang Ajim.

No comments:

Post a Comment