Saturday, July 10, 2010

14

"ma.. betul ke ni rumahnya?" Adil menyoal sebaik sahaja mereka memasuki perkarangan rumah di Taman Sri Ampang Mas itu. Mama mengangguk yakin.

"kalau salah macam mana?" Papa pula menyoal. Maklumlah, isterinya itu seorang yang agak buta arah. Inikan lagi sudah hampir puluhan tahun tidak bertemu dengan temannya itu.

"Mama yakin la.. lagipun kan Aunt Yan dah bagi alamat kat Adil tadi?" Mama geram dengan sikap suami dan anaknya itu. Tahu benar yang mereka risau dengan ke'buta arah'annya itu. Adil menggaru kepala yang tidak gatal.

"tapi takde kereta pun?" bukanlah tiada, cuma ada 5 buah kereta yang tersadai di luar. Takkanlah pula hanya anak-beranak sahaja yang dijemput hadir?

"dah dia cakap secara kecil-kecilan.." balas Mama. Mama melangkah keluar.


"dah sampai pun.." mereka bersalaman. Wajah Puan Dhabita jelas menunjukkan yang dia gembira dengan kehadiran Mama. Adil bersalaman dengan Pengiran Adli.

"mana anak-anak kau?" soal Mama. Sebenarnya Mama ingin memperkenalkan Adil dengan anak gadis temannya itu. Biarpun lewat perbualan di telefon Izyan pernah mengatakan yang anaknya itu sudah menjangkau 28, namun entah mengapa dia terlalu menginginkan anaknya untuk berpasangan dengan anak temannya itu.

"ada dekat dalam. Masuklah.."


"mummy?" Mummy menoleh. Puan Hanim memandang wajah anak muda itu.

"perkenalkan Nim, my only son.. Pengiran Fairuz Ezany.." Abang melemparkan senyuman tanda hormat kepada Puan Hanim. Puan Hanim membalas senyuman itu. Abang menyalami tangan Encik Razif dan Adil sebelum melangkah mendekati Mummy semula.

"Sunshine cakap semua dah ready.. dia nak Mummy and Babah potong kek sekarang.." terlambak tawa Mummy. Abang tersengih.

"jom.. kita ke taman.. Abang.. if she heard you calling her Sunshine in front of our guests, Mummy rasa setahun la dia tak bertegur dengan awak.." usik Mummy.

"she won't.." ujarnya penuh yakin.

No comments:

Post a Comment