Tuesday, June 22, 2010

12


“assalamualaikum!!” Nini segera melangkah ke pintu.
“waalaikumussalam! Baru sampai?” Nini menyambut mesra kesemua tetamunya. Abang menjengah seketika lalu menyambung tugasannya membakar ayam.
“kak Diddy ni yang bersolek lambat sangat. You boleh ketuk kepala dia..” seorang lelaki di sisi kak Diddy mencelah.
Bukk!!
Rusuk jejaka itu disiku kuat. Namun lelaki itu tidak mengaduh. Sebaliknya dia hanya tertawa.
“AD.. kau ni masih tak berubah.. kalau Diddy lari dari rumah, baru kau tau langit tinggi ke rendah..” usik Mak Su. Kak Diddy tersenyum kerana ada orang mem’back up’nya. Lelaki yang bergelar AD itu hanya mencebik.
“berani la dia nak lari rumah. Kalau dia ada niat nak buat macam tu, memang aku cekik dia lepas tu tanam dia hidup-hidp kat taman tu nanti..” semua tergelak, kecuali Kak Diddy.
“gila kejam!” komen Nini dan Kak Diddy serentak. Dan mereka turut sama tertawa.

“rajinnya mak-mak dara ni mengemas.. untung betul Mummy dengan Babah..” mereka menoleh. Mummy dan Babah melangkah merapati anak gadis mereka yang sedang leka mengemas. Mak Su, Kak Diddy, dan Kak Tasya tersengih. Nini menarik muka.
“mak dara pulak!? Nini and Kak Tasya masih anak dara lagi, okay? And Kak Diddy is mak bujang..” bentak Nini sambil mengesat peluh. Kak Diddy tergelak.
“ada pulak Kak Tasya pun terbabit dengan ketidakpuashatian Nini..” bantah Kak Tasya.
“tengok tu? Kak Tasya pun tak nak side dengan Nini. So, Nini pun mak dara jugak la..” Babah pula menggiat. Nini semakin cemberut.
“pe Kak Chik dengan Bang Chik buat kat rumah ni? Please pergi dating dekat mana-mana dulu. This party is for you guys. So biarkan je la anak dara Kak Chik ni kemas..” celah Mak Su. Nini, Kak Tasya dan Kak Diddy mengangguk setuju.
“kita kena halau la, Honey.. nak buat macam mana?” Babah memandang isterinya. Mummy tertawa.
“kenalah kita keluar, Darling..” Mummy menarik tangan Babah lalu melangkah keluar.

“lovingnya auntie dan uncle..” komen Kak Tasya. Dia memandang ke arah Nini, Mak Su, dan Kak Diddy.
“yang korang tercengang kenapa?” Kak Tasya terkejut.
“bukan sepatutnya kau dah kena berlatih panggil Mummy dan Babah ke?” giat Kak Diddy.
“betul.. mengamuk Kak Chik dengan Bang Chik kalau dengar kau panggil diorang anutie and uncle..” tambah Mak Su tanpa mengendahkan kemerahan pipi Kak Tasya. Nini hanya tersengih.
Untungnya kalau ada clicks yang masih kekal sampai sekarang macam diorang bertiga ni..
“boleh pulak Kak Diddy balik Malaysia?” soal Nini tiba-tiba. Manakan tidak? Dah tentu la abang AD tu chairman syarikat gergasi, Kak Diddy ni pulak pereka fesyen terkenal. Bagaimana mereka boleh mempunyai masa untuk menerima jemputan ke majlis anniversary Mummy dan Babah?
Kak Diddy tersengih. “untuk auntie dengan uncle yang bakal jadi family besties akak, rentas Pasifik pun akak sanggup..” Kak Tasya tertawa.
“Mak Su..” Mak Su menoleh. “you are blessed with such a great friends la..” puji Nini. Mak Su hanya tersenyum. Mereka bertiga berpandangan. Sahabat yang benar-benar memenuhi definisi sahabat, berada bersama tika susah dan senang!
“Nini nak keluar jap..”

“abang! Ayam dah siap?” soal Nini sambil mendekat. Abang menoleh dan menggeleng.
“belum. Lagi sebesen. Mummy dan Babah pergi mana? Abang nampak mereka keluar tadi..”
“dating.. Mak Su suruh jangan masuk rumah before semua siap..” Pak Su tertawa mendengarkan ‘perintah’ isterinya terhadap kedua orang tua Nini dan Abang.
“Mak Su ni kejam la~!!!” Abang menjerit sambil tertawa. Mak su menyambut tawa Abang.
“kira okay what Mak Su just cakap macam tu? Kalau Mak Su tiba-tiba datang angin menderhaka, lagi haruk..” Mak Su membela dirinya sendiri.
“sudahlah Mak Su..” Nini dan Abang serentak mencebik. Semua tertawa.

No comments:

Post a Comment