Thursday, November 25, 2010

30

“ada orang cari kau tadi..” Ajim memberitahu sebaik sahaja Adil melangkah ke dalam pejabat. Adil mengerut dahi.

“siapa?”

“don’t know.. Lia cakap a lady. Maybe Nini kot?” Ajim menebak. Adil tersengih.

“memang aku belanja kau makan kalau betul dia yang cari aku..” Ajim hanya tergelak.


“Lia, ada orang cari I ke tadi?” Lia, setiausahanya segera mengangguk. “siapa?”

“she said she’s your fiancee..” Adil segera mengucap terima kasih dan melangkah ke pejabatnya.


“sorry lambat sayang, papa call suruh pergi office dia tadi, lam..” kata-katanya termati di situ juga. Kelihatan Lisa sedang duduk menyilang kaki di kerusi miliknya.

“what are you doing here?!” separuh menjerit Adil bertanya.

“why? Can’t I? I ada hak.. I kan your fiancee..” Adil memegang dahi.

“bila pula I bertunang dengan you? I ajak you bertunang pun you tolak.. tak malu ke tiba-tiba mengaku bertunang dengan I?” pedas sindiran Adil. Wajah Lisa sedikit berubah.

“you’ve changed Adil Adzam..”

“changed for good. Leave now, Lisa..” Adil memerintah. Namun Lisa masih membatu di kerusi.

“you nak tahu sesuatu tak, Lis?” Adil melangkah merapati Lisa. Lisa mengangkat kening.

“a woman like you can be charged for tresspassing. Leave or I’ll call the guards..”

“you’ll pay for this, Eddy.” Merah wajah Lisa. Adil hanya memandangnya tajam.

“try me..”

“Dayangku Fairuz Haryani. A teacher at SMK Segamat. Just think what will happen to.”

“try to harm her, and you’ll be dead, Dear Nurlisa..” ringkas namun penuh dengan nada amaran. Lisa terdiam. Kata-kata itu bukan main-main diucapkan. Dia kenal Adil Adzam, namun ini bukanlah Adil Adzam yang dahulunya pernah mentakhtakan dirinya di dalam hati jejaka itu.

“you wouldn’t dare to harm me, Eddy..” Lisa tetap tidak mahu mengalah, biarpun gentar dengan amaran Adil. Adil mengangkat kening.

“mana you tahu? Now leave.” Lisa menghentak kaki. You’re so gonna pay!


Adil memegang dahi. Bala! Macam mana pula Lisa boleh mengetahui kewujudan Nini?

“siapa yang datang?” Ajim melangkah masuk tanpa dipelawa.

“Lisa.” Pendek namun nama itu mampu membuatkan Ajim tertawa besar.

“you sure are trapped now. Aku yakin yang Lisa nak kembali pada kau..” Ajim menarik majalah di meja Adil.

“you think that she’ll harm Nini?” soal Adil. Risau. Lisa. Dia faham sangat dengan perangai gadis itu. Suka mendesak! Sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas sesuatu yang terlalu diinginkan!

“have a faith in your relationship la.. hubungan kalian masih mentah. Inilah masa yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan kalian.” Nasihat Ajim biarpun dia sendiri tahu, sukar untuk meyakinkan rakannya itu.


“Dayangku Fairuz Haryani..” Nini mengerut dahi. Mengapa pula intonasi Adil sangat berbeza hari ini?

“yes Adil Adzam?” pelik. Kedengaran Adil menghela nafas berat.

“will you promise me something?”

“what is it? You’re scaring me...”

“just promise me..”

“o.k..”

“promise me that you will never ever believe anything that a lady named NurLisa told you..”

“wait a second.. siapa NurLisa tu? Cuba awak terangkan sikit..”

“she..” tarik nafas. “she was my past. You ingat tak ada seorang lady yang hamun you masa terlanggar at JUSCO?” angguk.

“she’s the one. I’m saying this first kerana I nak you tak curiga dengan I..” Nini tertawa.

“don’t worry dear. insyaALLAH that won’t happen..” lebar senyuman Adil. Dia tahu Nini akan bertoleransi!


“dia rasa tak selamat, Nora..”

“okay, cool down Nini.. apa yang berlaku sebenarnya ni?” soal Nora pelik. Dia nampak yang Nini memang muram. Namun takkan kerana Adil jujur, dia nak muram pulak kan?

“yang aku cerita tadi tu la..”

“hey, sebenarnya apa yang merisaukan kau? Isn’t it a good thing he’s telling you the truth?”

“memang la.. tapi dia macam tak percaya pada aku. Aku tau la yang kitorang baru kenal..” Nora menghela nafas.

“memang la dia macam tak percaya. Dia takut kau yang tak percaya dekat dia la. Lagipun korang baru kenal. Aku nampak yang dia memang macam suka gila kat kau. Dia takut hilang kau. That’s why dia mintak kau percayakannya 100%.” Syarah Nora. Nini ni failed betul kalau benda berkaitan dengan cinta segala bagai ini.

“macam tu ke?” Nora mengangguk. Barulah Nini nampak tenang.

Sunday, November 14, 2010

29


“awak tak kerja ke?” Adil menggeleng. Direnung lama wajah tunangnya itu. “kenapa awak pandang saya macam tu?” Nini rasa tak selesa. Adil tersenyum. Nini terkedu.

“I missed you..” merah terus wajah Nini. Adil tersenyum lagi. “you look beautiful.. and I”

“cut it out Mister Gen-2!” Nini segera menyedut jus epalnya. Adil terus tergelak.

“2 minggu dah kita bertunang, kan?” Nini mengangguk. Panas! Pipi saya sedang panas!

“you yakin dengan love at the first sight?” soal Adil tiba-tiba. Nini mengangguk.

“you pernah alaminya?” geleng.

“you rasa you alaminya dengan I?” langsung tiada reaksi. Adil memandang ke dalam mata Nini.

“answer me, Nini..”

“answer me first, dear boy..” Adil terasa sesuatu yang sejuk diletakkan di lehernya. Terbeliak mata Nini dan beberapa pengunjung Zen Cafe.

“abang?!/Ezze!?” Nini dan Kak Tasya segera menjerit.


“hold it.. jangan la pandang abang macam abang ni pembunuh. I won’t kill him..” Abang melepaskan leher Adil.

“cool young man. You’ve passed!” Nini dan Adil mengerut dahi. Kak Tasya segera memegang tangan Abang.

“apa maksud Abang?” soal Nini.

“I want to make sure that he won’t budge even if there will be a problem revolving around you guys bila kalian kahwin nanti..” Nini tergeleng. Gila betul!

“you jangan buat dekat orang lain la.. I know that you’d experienced this kind of thing when the first time you dated me..” Kak Tasya membebel.

“what?” Abang tersengih.

“Diddy was one of the cruelest craziest lady I’d ever met. Ada ke patut dia nak kelar leher abang masa first time abang dengan Tasya date..” Abang menarik kerusi di hadapan Adil lalu duduk tanpa dipelawa.

“she did what?” Nini dan Adil nyata terkejut. Abang dan Kak Tasya tertawa.

“sounds like crazy right? Tapi Diddy, being a kind of friends-before-anything kind of lady, sanggup buat apa sahaja untuk pastikan kawan baik dia bahagia.”

Her family really is something.

“she’s..”

“crazy..” dan mereka terus tergelak.

Jelas di mata Nini yang Abang mula menerima Eddy untuknya. Dan nampak sangat yang Abang yakin Eddy mampu bahagiakan dia. Dalam diam Nini tersenyum sendiri.


“your brother sure is a doting one.” Komen Adil sebaik sahaja Abang dan Kak Tasya meminta diri untuk pergi. Nini tersengih.

“and I’m proud having that kind of brother..” Adil tergelak.

“awak tak rasa terkongkong?” Nini menggeleng. Wajahnya nampak jelas riang.

“may I know why look so cheerful, dear?” soal Adil lagi. Sedangkan sewaktu sebelum Abang dan Kak Tasya datang, Nini nampak kusam.

“you know what?” Adil mengangkat kening.

“I do thing that I’m experiencing the love at first sight with you now..” dan wajah Adil terus merah!

“what? Awak ingat awak je yang boleh buat saya blushing?” Adil menggigit bibir. Nini sudah berubah! Dia yang terasa segan kini.

“you..”

“I’m that kind of person. Saya akan berterus-terang mengenai perasaan saya jika saya yakin. Dan saya yakin awak takkan hampakan saya, Abang, Mummy dan Babah..”

“eherm! Well.. just wait and see.. I’ll make sure that you’ll only look at me. And just me..” Adil pula membuka mulut. Nini mengangkat kening.

“kita tengok siapa yang akan dapat buat macam tu dulu..” dan mereka sama-sama tergelak.


Di satu sudut, kelihatan sepasang mata yang memandang tajam pasangan itu.


“I have something to give to you..” Nini mengerut dahi. Adil memanjangkan tangan mengambil sesuatu di kerusi belakang.

“for you..” semakin banyak kerutan di dahi. Bungkusan besar yang terbalut cantik itu bertukar tangan.

“apa ni?”

“hadiah dari Sakura. Bukankah I dah janji nak berikan you something?” Nini mengeluh.

“saya tak mengharapkan hadiah, Eddy..” Adil hanya tersenyum.

“this is from me. Bukannya yang you minta. I know that you tak suka terhutang budi dengan sesiapa. But this is from your own fiance. You boleh terima kan?” Nini teragak-agak untuk mengambil.

“ambillah. Memang I belikan khas untuk you..”

“saya tak..”

“please sayang?” meremang bulu roma Nini mendengarkan Adil memanggilnya sayang.

“okay..” terpaksa juga wanita itu mengambilnya.

“I balik dululah.. dream of me tonight dear..” sebelum Nini keluar. Nini hanya mengangguk.

“if and only if I have a nightmare..” Nini terus tergelak. Adil hanya menggeleng mendengarkan jawapan 
tunangannya itu.

28

Nini mencapai tuala. Rambut yang basah segera dikeringkan. Dah tiga hari Adil ke Jepun. Lewat perbualan mereka di telefon tempoh hari, Adil kata yang dia akan pulang esok. Bumi Sakura.. tempat yang cukup Nini suka! Selain Korea! Nini memang sedikit pelik. Dia lebih menggemari Bumi mata sepet itu daripada Bumi Eropah.

Telefon bimbitnya tiba-tiba melagukan Oh! My Goddess – The TRAX. Lagu yang dipilih sendiri oleh Adil untuk menjadi ringtonenya. Nini segera menekan punat hijau.

“assalamualaikum.” Belum sempat Nini mengucap salam, Adil terlebih dulu mengucapkannya. Nini tersenyum.

“waalaikumussalam.. orang Jepun.. dah balik Tanah Melayu belum?” usik Nini. Terdengar desah tawa Adil.

“dah. Baru je sampai airport. I tunggu Papa amik..”

“manja..”

“eh.. sukati la..” mereka tertawa.

“penat ae?” soal Adil apabila mereka terlalu lama diam.

“saya tak tau nak berbual apa.. I’m not good with words. Awak orang yang saya baru kenal.. saya tak tau nak bercerita dengan awak..” suaranya mula mengecil.


Adil tersengih. Aunt Yan pernah memberitahunya ‘masalah’ Nini yang satu itu. Kelu apabila berbual dengan orang yang baru dikenali.

“takpe.. I pun just nak dengar suara you. Okaylah Nini.. I cut off the line dulu. Papa dah sampai. By the way.. I ada hadiah dari ‘Sakura’.. assalamualaikum” talian dimatikan.


Nini mematikan telefon bimbit. Merah di wajahnya masih belum surut. Dia perlukan oksigen!

“Nin.. kau punya hair dryer kat mana?” Azi mengelap rambut sambil melangkah ke arah wanita itu. Inilah aktiviti Azi dan Nora kalau hujung minggu mereka tidak ditugaskan menjadi warden.

“ada dalam drawer kot. Aku pun tak tau. Dah lama tak guna.”

Azi melangkah ke meja solek Nini. Dicapai hair dryer di dalam laci lalu disambungkan ke suis.

“mana novel-novel kau? Aku nak lepaskan rindu dendam ni..” Nora menghenyakkan tubuh ke atas tilam. “Zi, 
kau nak dry rambut kat bilik lain. Bising!” Azi mencebik. Macam selama ni tak bising je hair dryer ni.

Nini menggeleng memandang teman-temannya itu. “dekat bilik sebelah la. Macam dah 8 tahun tak pergi rumah aku..” bebel Nini. Nora hanya tersengih. Dia dan Azi berpandangan. Ada sesuatu yang harus ditanya!

“Nini.. kalau kitorang tanya something yang agak private boleh tak?” Nini mengerut dahi. Apa lagi la yang terlintas di kepala rakan-rakannya itu.

“kau dengan Eddy, bahagia?” Nora tertawa mendengarkan soalan Azi.

“kau ni Zi! Keluarkan la ayat yang kena dengan piawaian otak Nini. Lagipun, ayat ‘kau dengan Eddy, bahagia’ tu terlalu subjektif. Aku rasa kalau soalan tu keluar lepas diorang kahwin, agak logik..” komen Nora. Azi mencebik.

“eh cikgu BM. Senyap kau!” Azi menjeling.

“betul jugak apa yang si Nora cakap.. kau pun keluarkan ayat macam aku dengan Eddy dah kahwin je..” Nora mengangkat kening kan-betul-cakap-aku. Azi mencebik.

“you know what? Kan kau tak pernah bersama-sama dengan any guy..” Nini terdiam. Memang teman-temannya tak pernah mengenali Aiman yang hadir seketika dalam hidupnya.

“it’s not like I’m inexperience okay dengan guys. Remember, I have Abang and babah.”

“hello.. diorang tu dalam league lain la.. I mean, a guy that aren’t related to you by blood..” Azi dan Nora sama menjulingkan mata. Nini hanya mampu tersengih.

Tiba-tiba telefon bimbit Nini berdering.

Safe.


“waalaikumussalam. Haa, Mak Su, kenapa?” Azi dan Nora menjauh sedikit.

“Mak Su?” si pemanggil menyoal kembali. Nini menggigit bibir.

“malam karang Nini call Mak Su balik, ok? Dah dah.. kirim salam Pak Su and Ijan. Assalamualaikum.” Klik! Talian diputuskan.


“kenapa tak borak je dengan Mak Su kau?” soal Nora pelik. Nini hanya tersengih.


“Mak Su?” Adil memandang telefon di tangan.

“kamu kenapa asyik tenung je handphone tu? Kamu ingat Nini boleh muncul tiba-tiba dari situ?” papp! Telefon bimbit di tangannya terjatuh.

“Mama!” Mama tergelak melihat ulah anaknya. Menggelabah!

“kamu menungkan apa?” Adil hanya menggeleng.

“Ma.. macam mana ek?” Mama mengerut dahi. Ruang di sebelah anaknya diduduki.

“macam mana apanya?” Mama menyoal kembali.

“macam mana untuk tahu yang kita betul-betul dah jatuh hati kat seseorang?” Mama merenung wajah anaknya itu.

“o.k.. angin apa pulak yang melanda anak mama malam-malam ni? Jet lag?” Adil menggeleng.

“well then, you just try istikharah je la.. mana tau ALLAH akan bukakan jawapan untuk kamu?”

“apa jawapan tak membina ni, ma? I’m serious here.”

“so do I sayang. Bukannya hati manusia sama. Setiap manusia ada cara yang berbeza untuk jatuh hati..” Mama menepuk bahu Adil. Adil tunduk merenung lantai. Memang la dia yakin yang dia suka Nini. Tapi sepanjang 2 minggu mereka mengikat pertunangan, Nini masih dingin. Biarpun Nini sering juga berbual dengannya –tapi Nini lebih banyak diam-, namun Nini tetap.. dingin..

Tuesday, September 21, 2010

27

“kau dah bertunang?!” tempik Azi. Seluruh bilik guru dirasakan bergema dengan soprano Azi. Nini dan Nora terus menepuk kuat bahu Azi. Mujur juga hanya 5 orang yang berada dalam bilik guru itu. Ustazah Zuliana, memang jenis tak suka bergosip. Cikgu Hafedz? Bom meletup pun dia takkan sedar kalau dah melayan Counter Strike.


“kalau apa-apa yang berlaku pada korang berdua mesti aku orang paling lambat tau.. tak aci betul..” rajuk Azi.

“sorryla.. tapi aku belum bertunang lagi la, Zi.. baru setuju..” Nini memperbetulkan ayat Azi. Nora ni tak boleh diberi amanat. Ada saja yang ‘hilang’ nanti.

“kalau kau dah buat majlis, memang aku paksa kau buat lagi sekali! Dengan siapa? Encik pilot?” Nini mengangguk. Malas nak berahsia.

“Nora pun aku rasa dah jumpa ‘cinta’..” Nini melirik penuh makna ke arah Nora. Azi terbeliak.

“Siapa?!” Nora mencerlangkan mata ke arah Nini.

“nak aku cakap ke?” Nini tersengih.

Payback! Selalu kau yang kenakan aku!

“kawan”

“Nini. Stop! Jangan sesekali kau buat statement mengarut lagi karut!” Nora segera memotong. Azi mengangkat kening. Macam menarik je?

“Aj..”

“Nini..” suara Nora bergetar amaran. Nini menarik sengih nakal.

“kalau kau nak tau, tanya Nora sendiri..” kringg! “aku nak masuk kelas..” Nini menepuk bahu Azi. Wajah Azi jelas kecewa.



“korang dah dengar?” Cikgu Hafedz bersuara apabila mereka makan tengah hari bersama. Cikgu Azli, Cikgu Faisal, Cikgu Shahnizam, Cikgu Naqib dan Cikgu Irwan serentak memandang Cikgu Hafedz. Apa cerita cakap perlahan-lahan ni?

“yang kau bisik-bisik macam tengah berbual dengan wife kenapa?” soal Cikgu Faisal.

“berita panas ni..” dia melirik ke arah Cikgu Naqib. Masing-masing sudah mula menyuap nasi.

“apa? Macam menarik sangat je?” Cikgu Azli pula menyampuk. Hafedz ni memang nak kena taekwondo. Cakap pun macam siput!

“Cikgu Nini dah nak bertunang..” uhuk! Segera cikgu irwan menghulur air kepada Cikgu Naqib.

“biar betul!?” Cikgu Shahnizam dan yang lain serentak bersuara. Cikgu Hafedz sekadar mengangguk. Masing-masing memandang ke arah Cikgu Naqib. Cikgu Naqib berdehem, cuba menghilangkan perit.

“mana kau tahu?”

“tadi dia bagitau Azi. Aku tau la..”

“kau okay?” Cikgu Naqib mengangkat kening.

“okay. Kot..” pendek sahaja jawapan Cikgu Naqib.

“kau takkan bunuh diri kan?” Cikgu Azli cuba melawak. Cikgu Naqib menunjukkan penumbuk.

“aku belum hilang pedoman lagi la..” dan mereka sama-sama tergelak. Namun gelak Cikgu Naqib jelas hambar.



“cikgu Nini..” Nini menoleh. Kelihatan Cikgu Azli dan Cikgu Faisal sedang tersengih penuh nakal.

“dengar cerita cikgu dah nak bertunang?” sengaja Cikgu Azli bertanya dengan nada yang kuat. Terbeliak mata Nini, Nora, dan Azi. Mereka saling berpandangan.

“err.. ya? Kenapa?”

“sungguh ke, cikgu?!” sejurus kemudian Nini dikerumuni rakan-rakan sekerjanya. Cikgu Naqib hanya memerhatikan tingkah mereka yang sedang mengucapkan tahniah kepada wanita itu. Cikgu Irwan menepuk bahu Cikgu Naqib, memintanya tabah!

26

“awak terima pinangan Adil?” angguk.


“awak yakin dia boleh bahagiakan awak?” angkat bahu.

“then kenapa awak terima jugak?” geleng.

“Dayangku Fairuz Haryani Pengiran Adli!”

“what Abang?”

“kenapa awak terima lamaran Adil kalau awak tak tahu sama ada dia boleh bahagiakan awak atau tak?” berang dengan adiknya.

“kenapa Abang nak marah?” Nini menentang mata Abang.

“sebab awak..”

“jangan marah Nini sebab Nini terima.. Nini tak tau kenapa tapi berdasarkan apa yang Mak Su dan Nora cakap, Nini yakin yang Eddy betul-betul sayangkan Nini. Lebih baik menyayangi orang yang sayang kita daripada menyemai rasa sayang pada orang yang kita sayang tapi tak pernah nak sayang kita..” Nini copypaste ayat Nora dulu.

Abang menggeleng geram. Nini suka buat keputusan melulu.

“abang tak suka.”

“kenapa mesti Abang tak suka? Don’t you wish for my happiness? Mummy dan Babah pun yang sarankan Nini terima dia.”

“sebab he’ll be taking my only Sunshine..”

“abang akan ada Sunshine baru.. kak Tasya.. Abang..” Nini mencapai tangan Abang.

“tolong doakan Nini? Nini takut sebab he’s not someone I knew completely.. abang pun pernah berbual dengan dia masa dia datang dulu kan? Abang restui Nini.. boleh?” Abang mengeluh. Dia bukan apa. Dia tak mahu hati Nini dilukai lagi!

“awak betul-betul yakin?” Nini mengangguk. Dia dah istikharah dah pun. Positif. Itu sebabnya dia minta 3 bulan tempoh pertunangan. Dia nak tengok kesungguhan Eddy.



“she’ll marry him..” adu Abang kepada kak Tasya.

“so? Ezze.. dia bukan budak lagi tau.. you tak payah buat muka macam kucing hilang anak la..” Kak Tasya cuba menyedapkan hati Abang.

“but she’s still a kid to me..”

“itu silapnya kau Ezze.. kau kongkong Nini hanya kerana Aiman pernah kecewakan hati dia..” sampuk Mak Su. Abang mengeluh. Memang! Sebab Aiman, Abang serik untuk membenarkan Nini bercinta lagi.

“kau bukannya ayah Nini..” AD pula menyampuk.

“aku Abang dia apa?”

“sister-complex..” serentak kak Tasya, Mak Su, Pak Su, AD dan Diddy bersuara. Mereka berpandangan. Lalu masing-masing tergelak.

“guys?!” tak puas hati sebab digelakkan.



“kenapa Abang macam tak suka sangat dengan Adil?” soal Mummy apabila mereka sedang menikmati minum petang di rumah.

Abang melepaskan nafas perlahan. “bukan Abang tak suka Mum..”

“then?”

“he’s younger than Nini by 2 years..” Mummy mengangguk setuju.

“tapi dia lebih matured dari Nini.. itu Mummy boleh jamin.”

“mana Mummy tahu?”

“I’ve met him, tiger.. and he looks cool.. bukannya Mummy ni bodoh, senang-senang nak lepaskan cinta kasih Mummy dah Babah pada orang yang entah apa-apa..” Abang terasa terpukul. Hebat sangatkah Adil sampaikan Mummy yang biasanya tegas dalam memilih pasangan hidup ini begitu mudah memberi kebenaran meminang Nini?

“can I meet him?”

“awak nak buat apa? Pukul?” Abang tergelak.

“I’m not a yakuza la Mum.. apa kes tiba-tiba nak pukul anak orang?” tahu yang Mummy sekadar mengusik.

“I can arrange the meeting. Tapi Abang tau kan Adil is a pilot. Jarang di rumah. Semalam pun kebetulan dia tak fly ke mana-mana. If not mistaken Hanim kata Adil akan fly ke Jepun Selasa ni...” balas Mummy. Abang mencongak-congak. Selasa?

“Cuba mummy tanya Aunt Hanim kalau-kalau minggu depan dia free tak? Minggu ni Abang pun busy..” Mummy mengangguk. Abang tersenyum nipis.

25

“betul ke tindakan aku, Nora?” Nora mengangguk. Nini yang meminta agar dia menemaninya. Dan Nini kata, Adil akan membawa seseorang untuk menemaninya juga.


“just don’t worry.. kita kat tempat orang ramai pun.. dia takkan berani nak apa-apakan kau la..” Nora cuba meyakinkan temannya itu. “plus, kita dah sampai sini.. kau dah membuatkan aku korbankan cuti Sabtu aku.. make sure kau tak lari..” Matanya meliar cuba mencari Adil. Orang yang disasar segera ditemui. Nora melambai memanggil.



“sorry late, ada masalah di pejabat..” segera Adil meminta maaf. Nini terus terkedu. Memang Adil nampak segak! Baru dia perasan. Teman di sisi Adil hanya tersenyum.

“it’s okay.. kitorang pun baru sempat habiskan a piece of cake..” sindir Nora. Adil dan Ajim hanya tertawa. “eh, duduklah!” pelawanya. Nora memandang Nini.

“ingatkan tak nak jemput tadi..” balas Ajim. Nora mengangkat kening. Aura gaduh.

“saya pelawa Eddy je..”

“saya teman Eddy, secara rasminya saya Eddy punya kawan..”

“Nora/Ajim..” serentak Adil dan Nini bersuara. Aduhai kawan-kawan.. korang nak bergaduh jugak ke?

“sorry/maaf..” serentak pula Nora dan Ajim berkata. Mereka memandang antara satu sama lain dan segera memandang ke arah lain. Nini menahan tawa.

“let’s order something first..” Adil mengangkat tangan memanggil pelayan.



“boleh I tahu kenapa you nak jumpa?” soal Adil. Nini memandang Nora. Nora mengangguk faham.

“encik Eddy-punya-kawan..” Ajim mencerlangkan mata. “mata saya lagi besar, tak payah nak besarkan mata awak. Jom pergi.. Nini dan Eddy ada acara diorang sendiri..” arah Nora. Ajim hampir membuka mulut, namun apabila melihat Nini, barulah dia melangkah juga.



“sorry.. Ajim/Nora memang macam tu.” Serentak mereka meminta maaf. “you/awak cakap dulu.” Diam. Tawa terbit seminit kemudian.

“so the pleasure is mine I guess?”

“sure..” teh ‘o’ ais limau yang baru dihantar disedut perlahan.

“saya terima pinangan awak..” tersedak!

“awak okay?!” gelabah. Adil mengelap mulut dengan tisu yang dihulur Nini dan mengangguk.

“this is too sudden!”

“maaf, saya tak pandai berkata-kata..” Nini meminta maaf.

“but I’m happy!” merah mata jejaka itu menahan perit.

“saya harap pertunangan kita diikat selama 3 bulan.. saya perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mengenali awak.. boleh?”

“I thought you will ask for 3 years..”

“saya ni takde la kejam macam tu.. boleh?”

“3 tahun pun I sanggup tunggu..” dan Adil tersenyum girang!

24

“dia tak bagi jawapan langsung tau..” Ajim memandang wajah itu.


“dia cakap apa?”

“tak bagi jawapan.. mana nak tau dia cakap apa..” Adil mengeluh. Ajim turut sama mengeluh.

“then kau nak suruh aku buat apa?”

“takde la aku nak suruh kau buat apa-apa.. aku just nak luahkan je..” Adil tergelak kecewa. “aku tak tau la nak buat macam mana... aku tau semuanya terlalu tiba-tiba.. tapi aku memang jujur nak kahwin dengan dia.. penat la nak bercinta whatsoever ni..”

“tapi serius cakap.. this is one of the strangest weirdest thing had happened. Kau pun satu. That lady memang confirm sure tak kenal kau, and kau pun tak kenal dia sangat. Tup tup kau nak kahwin dengan dia.. hisy.. kalau aku jadi dia pun aku akan freak out.. entah siapa-siapa propose aku tiba-tiba..” Ajim menyuarakan pendapat. Adil mengeluh. Memang la semua yang dilakukan macam ribut. Tiba-tiba je semua terlintas pada pemikirannya.

“aku rasa la kan.. why don’t you give her time.. kau bagi dia peluang untuk mengenali kau dengan lebih mendalam.. kau bagi dia masa untuk fikir baik buruk kahwin dengan orang yang dia langsung tak kenal..” cadang Ajim. Adil mengangguk.



“tadi Aunt Yan ada call mama..” Adil mengangkat muka memandang wajah Mama.

“apa yang dia cakap?” soalnya dengan suara tidak berminat. Biarlah Mama tak rasa macam dia hadap sangat nak kahwin.

“kamu ni kenapa? Macam tak suka je?” Adil hanya mengangkat bahu. “dia cakap Nini nak jumpa kamu.” Senyum cuba ditahan agar tidak terukir.

“bila?” suara cuba dipastikan agar tidak terlalu gembira.

“entah.. kalau tak silap, Sabtu ni.. kamu pun tahu. Bukan dekat Segamat dengan Selangor ni..” Adil mengangguk. Hati dah rasa macam sedang berpesta.

“papa rasa kamu jangan terlalu memaksa dia la.. takut dia terus tolak pinangan kamu..” pesan Papa pula. Memang dia faham sangat dengan perangai Adil. Cuma tak tahu masa telah merubah segalanya.

“okay..” dia segera melangkah ke bilik.

Yes!



“dia cakap dia nak jumpa aku!”

“dulu pun dia yang nak jumpa kau kan?”

“yelah.. tapi mama macam bagi hint menarik je..”

“weh Ed.. kau dah macam yakin yang dia terima je..” Adil tersentak. Betul jugak kan? Bukannya Nini sudah menyatakan persetujuannya pun.

“apa-apa pun, dia tetap sudi nak jumpa aku..”

“you are just like a girl falling in love with a guy and he agreed to propose you..” Adil tergelak kuat. Dia dah tak kisah dengan apa yang Ajim nak kata.

“okay la Jim, aku nak tidur.. apa-apa hal, aku contact kau..” klik. Talian dimatikan.